www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Menyedari cubaan curi rantai emas gagal apabila pintu dikunci, lelaki ini pulangkan rantai sambil senyuman yang kekok

5 month ago, 07-Dec-2018


Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 27 tahun dari Thailand menjadi tular setelah cubaannya mencuri rantai emas gagal dengan cara yang melucukan tersebar luas di media sosial.

Menerusi rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV), suspek yang dikenali sebagai Suphachai Panthong dilihat masuk ke dalam kedai berkenaan yang terletak di Chonburi, Thailand pada 30 November lalu untuk mencari seutas rantai emas.

Kredit:Dailynews Online

Menyangkakan taktiknya ini sebagai bijak, pencuri itu mengambil keputusan untuk cuba memakai rantai itu sebelum bertindak meluru ke pintu keluar kedai. Bagaimanapun, cubaan Suphachai gagal apabila pemilik kedai itu bertindak lebih cepat dan pintar berbandingnya.

 Kredit:Dailynews Online

Pemilik kedai berusia 41 tahun, Jarae Nitikarun segera mengunci pintu kedai berkenaan secara automatik bagi menghalang Suphachai melarikan diri dengan barang kemas kepunyaannya.

Kredit:New York Post

Menyedari helahnya tidak menjadi, Suphachai dilihat kembali semula ke kaunter untuk memulangkan emas yang dicurinya. Lebih melucukan lagi, Suphachai turut mengukirkan senyuman kepada pemilik kedai berkenaan.

Kredit:Viral Press

Jarae terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan mengenai kejadian dan tidak lama kemudian, Suphachai ditahan dan dibawa ke balai polis.

Kredit:Viral Press

Suphachai mendakwa bahawa tindakannya itu adalah disebabkan oleh dia telah dibuang kerja dan mendakwa berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi menampung kehidupan.

Kredit:New York Post

"Saya tiba di kedai dengan menaiki motosikal. Saya masuk ke dalam kedai tanpa sebarang senjata. Saya hanya mahu mendapatkan wang lebihan kerana saya baru dibuang kerja."

Akibat perbuatan jenayahnya itu, Suphachai kini berdepan dengan pelbagai tuduhan dan berkemungkinan besar akan dipenjarakan selama beberapa tahun.

:SAYS

Menyedari cubaan curi rantai emas gagal apabila pintu dikunci, lelaki ini pulangkan rantai sambil senyuman yang kekok Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts