EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Menteri Indonesia cedera ditikam

0 month ago, 10-Oct-2019

JAKARTA: Menteri Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto dilaporkan cedera selepas ditikam seorang lelaki ketika membuat lawatan di Banten, lapor media tempatan hari ini.

Satu video yang disiarkan media Indonesia menunjukkan Wiranto bersalam dengan orang ramai dan mahu masuk ke kenderaannya sebelum seorang lelaki meluru lalu cuba menikamnya dengan senjata tajam.

SERANGAN itu menyebabkan Wiranto terjatuh dan polis segera menangkap penyerang berkenaan.

Serangan itu menyebabkan Wiranto terjatuh dan polis segera menangkap penyerang berkenaan.

Menurut laporan berkenaan, Wiranto segera dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya tidak diketahui.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...