EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anak Menteri Tapi Tak Follow SOP Instagram Dafi Diserang Netizen

0 month ago, 09-Jun-2021

Baru sahaja membuka tirainya pada Ahad lalu, namun rancangan realiti All Together Now Malaysia (ATNM) terpaksa dihentikan sementara waktu tayangannya berikutan terdapat laporan rancangan itu tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) pada Mac lalu.

Siasatan Akan Dijalankan

Difahamkan, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran SOP sepanjang rakaman program dijalankan. Susulan itu, pelbagai reaksi telah diluahkan oleh orang ramai di media sosial. Ada yang kecewa dan tidak kurang juga ada yang gembira dengan keputusan tersebut selepas mengecam episod pertama program realiti yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now, yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One itu.

IKLAN

Dafi Terkena Tempias, Instagram Diserang Netizen

Dafi

Dalam pada itu, hasil tinjauan Murai.my mendapati netizen mula membanjiri ruangan komen hantaran terkini di laman Instagram anak kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyanyi, Dafi.

Rata-rata daripada mereka mengecam dan meluahkan rasa kecewa dengan Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri kononnya dia turut sama terlibat dengan isu pelanggaran SOP seperti yang didakwa oleh netizen.

Malah segelintir daripada mereka menasihati Dafi agar memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat, bukan sahaja kerana merupakan anak orang kenamaan malah sebagai seorang yang berstatus public figure.

HELLO SILA IKUT SOP. Anak menteri tapi tak follow sop. Beritahu dekat kawan-kawan yang join benda alah ini untuk follow sop juga ya. Kesian kami rakyat marhaen yang follow sop betul-betul ini. Nanti kes naik bukan golongan kayangan ini yang dipersalahkan. Kami rakyat marhaen yang dah follow SOP ni yang dipersalahkan! tulis seorang netizen

Menerusi kenyataan Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,

Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka, kata Raqim seperti yang dipetik dari Astro Awani

Malah ia turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...