EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Apa Menteri Agama perlu buat untuk tegakkan Islam di negara ini?

0 month ago, 27-Aug-2021

Apa yang Menteri Agama perlu lakukan untuk menegakkan Islam di negara ini?

Kita perlu sedar bahawa cabaran besar umat Islam hari ini datangnya daripada pemikiran sekular dan liberal. Agenda mereka adalah untuk menghapuskan peranan Islam dalam pemerintahan. Oleh kerana itu langkah-langkah berikut perlu diambil oleh pihak kerajaan: 

1. Mengukuhkan kedudukan Islam dalam sistem pentadbiran. Antara lain dengan meminda akta mesin cetak agar buku- buku yang mengandungi pemikiran sesat dapat dihalang penyebarannya dengan lebih berkesan.

2. Mengukuhkan institusi-institusi Islam. Ini termasuk majlis agama Islam negeri, institusi fatwa, agar lebih seragam dan mengikut manhaj Ahlussunnah waljamaah. 

3. Mengikis pengaruh ideologi sekular dan liberal. Golongan ini telah berani mempromosikan aktiviti seks songsang, idea-idea liberal seperti pluralisme agama, kesetaraan gender, dan mencabar fatwa negeri, JAKIM, JAWI, bahkan institusi raja.

4. Mendokong institusi pendidikan dan pusat penyelidikan yang memberikan alternatif dan dapat menjawab secara ilmiah keraguan yang ditimbulkan oleh golongan sekular-liberal.

5. Selain daripada cabaran sekularisme dan liberalisme, kerajaan juga perlu waspada terhadap anasir-anasir radikalisme yang juga merupakan satu bentuk ekstrimisme. Ekstrimisme kanan -radikalisme dan ekstrimisme kiri-liberalisme kedua-duanya merupakan ancaman kepada agama dan ummat. 

Kesimpulannya, untuk menangani kedua ekstrimisme ini kerajaan perlu mengukuhkan wacana dan pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, bukan Wahhabi atau Pseudo-Salafi. Kerana hanya manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang terbukti mampu menangani kedua-dua ancaman ini dalam sejarah.



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...