EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM menjangkakan, kes jangkitan COVID-19 meningkat pada minggu depan

0 month ago, 21-Mar-2020

Terkini di maklumkan, seorang lagi mangsa postif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ke-4 melibatkan kes ke-238 yang merupakan lelaki berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh

Sehubungan dengan itu, menerusi laman akaun Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik satu perkongsian yang meramalkan kes dijangka akan meningkat pada minggu depan.

Pihak KKM juga merayu agar ahli-ahli tabligh untuk tampil kehadapan dan menjalani ujian saringan kesihatan. Diharapkan agar keluarga terdekat dapat memujuk dan membawa ahli keluarga yang terlibat dengan himpunan di Sri Petaling untuk mendapatkan saringan ujian COVID-19.

KKM juga memaklumkan bahawa sudah 19 kakitangan KKM dab 5 petugas swasta disahkan positif COVID-19.

Orang ramai diharapkan agar untuk sentiasa memberi kerjasama dan patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan.

: KKM.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...