EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cara Menjadi Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu

0 month ago, 15-Sep-2020

Bendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa inggrisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Antara menu yang paling enak dihidang bersama bendi adalah seperti kari, asam pedas dan sebagainya.

Tanaman sayuran yang berasal dari keluarga hibiscus ini mempunyai kandungan kalori yang rendah iaitu antara 25 hingga 40 kcal bagi setiap 100g. Disamping itu juga, ia diperkaya dengan vitamin A, C, kalsium dan pelbagai mineral lain.

Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama. Sebab itu,kebiasaan nya pokok bendi ditanam terus di atas batas.

Sebenarnya, pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat. Antaranya adalah:

1. Pasu

Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas. Pemilihan material tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.

Namun, anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.

2. Medium tanah

Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan. Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium tanaman pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.

Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.

3. Semai biji benih

Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.

Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang. Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. akkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah

4. Lokasi

Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini

5. Siraman

Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis

bendi

Cara Menjadi Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu IMPIANA.


SUMBER : impiana.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...