EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu meninggal 27 tahun lalu, bapa masih setia tak mahu kahwin lagi

0 month ago, 06-Apr-2021

Sering kita dengar mengenai cinta sejati antara pasangan suami isteri warga emas yang kekal saling sayang-menyayang walaupun sudah di mamah usia.

Namun, berbeza dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rizainawati apabila memuat naik video bapanya yang masih setia menziarahi makam ibunya yang meninggal dunia 27 tahun lalu.

Apa yang mencuri tumpuan adalah bapanya langsung tidak berkahwin lain walaupun ketika itu dia masih muda memandangkan ibunya meninggal dunia ketika berusia 24 tahun selepas melahirkan adik bongsu.

@urizay

27 tahun setia pada yang satu,itu ayah saya ????#urizayexclusive #fyp #fyp? #lelakisetia

? Rindu setengah mati cover by ramadanramli ?????dan

Menurut pengguna TikTok itu, bapanya memaklumkan alasan tidak mahu berkahwin lagi kerana tiada lagi wanita sebaik isterinya dan dia setia menduda sehingga ke hari ini.

Ditanya mengenai kisah rumah tangga bapanya, Rizainawati menyatakan arwah ibu dan bapanya dijodohkan oleh orang tua. Mereka bernikah pada tahun 1989 ketika bapanya berusia 29 tahun dan arwah ibu baru berumur 19 tahun.

@urizay

Reply to @kasutputih0 doakan arwah mak sya ????#urizayexclusive #fyp? #fyp

? bunyi asal Din Amiruddin Din Amiruddin

Disebabkan cinta yang mendalam kepada allahyarham isteri, bapa Rizainawati sering berkongsi kisah kehidupannya bersama arwah ibu mereka . Bapanya kerap memuji bahawa allahyarham seorang yang sangat rajin.

@urizay

Reply to @normilaa0 tau ttg arwah mak semua dr ayah ???? arwah mak sy rajin sgt2#fyp? #fyp #urizayexclusive

? Mimpi Haqiem Rusli

Rizainawati juga turut memberitahu bahawa dia mempunyai tiga adik beradik dan semuanya perempuan.

Takdir Allah tak siapa tahu. Selepas 27 tahun kehilangan insan tersayang, bapa sekali lagi diduga apabila anak keduanya pula dijemput Ilahi pada bulan lalu ketika sedang menghitung hari bergelar isteri.

@urizay

Reply to @cekelatsugus89_ Doakan arwah adik saya ya..#urizayexclusive #fyp? #fyp

? Mimpi Haqiem Rusli

Perkongsian mengenai kisah keluarga Rizainawati ini mendapat perhatian warganet terutamanya di TikTok. Masing-masing menzahirkan rasa dukacita keatas kehilangan adik keduanya.

Dalam pada itu, mereka turut tertarik dengan kesetiaan bapa pengguna aplikasi tersebut kerana begitu setia dengan allahyarham isterinya walaupun sudah puluhan tahun berpisah mati.

: Rizainawati



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...