EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mengukir senyuman menawan sejak dari luar kereta, ayah comel teruja tunjuk gigi palsu baharu

0 month ago, 12-Sep-2020

Menjadi seorang ayah memang selalu nampak garang dan tegas, tetapi bila berhadapan dengan anak perempuan pasti sikapnya menjadi lain sedikit dan berubah jadi comel.

Biasalah apabila kita dapat melihat seorang ayah yang penyayang, maka dia akan bersedia melakukan apa sahaja demi melayan keletah anak perempuannya yang manja.

@srhjamal/Twitter

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Sarah, dia telah berkongsi momen bersama ayahnya yang comel ketika baru mendapat gigi palsu baharu, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video tersebut, si ayah sudah teruja menampakkan senyuman menawannya yang sangat comel dari luar tingkap kereta, lalu menampakkan gigi palsu yang baru dipasang.

@srhjamal/Twitter

Sambil Sarah menjerit keterujaan dari dalam kereta melihat ayahnya yang kacak tersenyum manis.

Sebaik memasuki kereta, Sarah sekali lagi meminta ayahnya memberikan senyuman yang menawan itu bagi menunjukkan set gigi palsunya dengan jelas.

@srhjamal/Twitter

Spontan ayah Sarah memberi pose senyuman comel dengan meletakkan kedua-dua telapak tangan di kedua bahagian pipi macam kelopak bunga mekar berkembang.

@srhjamal/Twitter

Rakaman video berdurasi 23 saat berkenaan telah meraih hampir 400 ribu tontonan dan 19 ribu retweet, dengan gelagat si ayah ini telah berjaya mencuit hati netizen sambil memuji kecomelan bapa Sarah.

Bertuah anak ini kerana memiliki bapa penyayang dan amat sporting sepertinya.

Tonton video di bawah:

Bila kau excited, bapak kau dapat gigi palsu yang baru hahahahaahah ???? dan bapak kau juga excited dia dah ada gigi ???????? pic.twitter.com/XYpqvLCRDP

SarahJamaluddin (@srhjamal) September 10, 2020

Mengukir senyuman menawan sejak dari luar kereta, ayah comel teruja tunjuk gigi palsu baharu Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...