EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dua kaIi aku mengndung ketika belajar. Kawan2 ejek cakap aku gelojoh sangt dan kuatberahi, tak sgka btul aku

0 month ago, 10-May-2022

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama aku Zie. Umur 28 tahun. Aku kahwin awal. Dapat anak pun awal. Alhamdulillah. Tu rezeki aku. Aku kahwin masa belajar. Belum habis degree, aku dah ada dua orang anak. Kawan-kawan aku ejek cakap, aku gelojoh sangat. Berahi kata mereka.

Aku tak tau kalau dapat anak awal sebelum habis belajar tu maksudnya gelojoh. Jadi kalau aku m4ti awal, tu pun namanya aku gelojoh juga ke nak jumpa malaikat m4ut? Baru aku tahu.

Aku sepatutnya habiskan apa yang aku belajar dalam tempoh 4 tahun. Tapi jadi lebih lama sebab banyak rehat atas sebab yang sangat-sangat tidak dapat dielakkan dan atas saranan pensyarah.

Habis belajar, aku bincang dengan suami aku tak mahu bekerja. Kami berkira-kira, untung atau tidak sekiranya aku bekerja. Tapi keyakinan suami pada rezeki Allah sangat luar biasa.

Dia kata, isteri ni amanah Allah untuk dia jaga. Urusan nafkah keluarga tanggungjawab dia. Urusan asuhan dan didikan anak, tanggungjawab isteri.

Aku tanya, Mak, Zie belum mampu nak kasi mak duit banyak-banyak. Tapi anak cucu-cucu mak datang tiap minggu, kadang-kadang kita berjalan, kita makan sedap-sedap, itu bukan sebahagian perkara yang bahagia ke untuk mak?. Mak aku hanya senyap.

Aku dan suami tengah kumpul duit ni. Nak bawa mak jalan-jalan dekat-dekat, siapkan bilik mak kat rumah baru kalau-kalau mak skit, biar aku jaga, belikan kelengkapan untuk raya nanti, dll.

Point aku kat sini ialah kadang-kadang kita perkecilkan rezeki orang yang belajar tinggi-tinggi, tapi kerjanya hanya jual burger, berniaga kerepek, duduk rumah jaga anak.

Tapi kenapa perasaan orang yang lambat dikurniakan anak dan orang lambat bertemu jodoh, rata-rata kita ramai mampu faham? Tak berani perkecilkan sebab nak jaga hati.

Padahal, pedihnya sama sahaja. Bukankah semua itu berbaliknya pada rezeki dan aturan takdir Allah?

Suami aku pernah pujuk aku. (Pujuk aku sebab dia nampak aku tertekan jaga anak sambil berbisnes atas talian.)

Jangan sedih-sedih, yang. Yakin pada Allah. Allah sayang kita. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

Habib Tohhir Muhammad Al-Haddar pernah berpesan, risau pada rezeki menandakan lemahnya iman seseorang. Apa yang kita risaukan, kita akan diuji. Itu saje luahan aku.

Doakan aku dapat sentiasa berfikiran positif ya semua. Moga-moga kita semua lebih yakin pada Allah Ar Razaq. Bukan manusia, bukan sijil, bukan duit. Amin

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Dua kaIi aku mengndung ketika belajar. Kawan2 ejek cakap aku gelojoh sangt dan kuatberahi, tak sgka btul aku Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...