Mengimbau Kenangan, Netizen Sebak Anak-Anak Siti Sarah Luah Rasa Rindu Siapa Ada Ibu Bersyukurlah
0 month ago, 17-Sep-2023
Kehilangan permata berharga iaitu pemergian Siti Sarah Raisuddin masih lagi dirasai sehingga kini walaupun ianya sudah berlalu dua tahun yang lepas. Keheningan dan kerinduan pasti tidak dapat dilupakan terutamanya anak-anak arwah, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Baru-baru ini anak-anak Allahyarham telah muncul di sebuah sesi temu ramah santai berkonsepkan mengimbau kembali kenangan bersama ibu mereka sambil mengingati ulang tahun Siti Sarah pada Jumaat lalu.
@xtra_my Air mata min tetiba mengalir bila tengok video ni!
? original sound – XTRA – XTRASemoga Uwais, Talita, Matin jadi anak yang baik
#xtramy #xtratonton ?????#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #motifviral #malaysia #makcikbawang #trending #news #sitisarah
Mengimbau Kenangan Manis Semasa Ibu Ada
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @XTRA di laman TikTok, kelihatan tiga orang anak Allahyarham berkongsikan detik-detik manis yang mereka ingat sewaktu Allahyarham masih hidup. Menurut anak sulung daripada adik beradik itu, Uwais, 11, memberitahu kenangan yang paling diingatinya adalah apabila mereka membeli makanan bersama selepas selesai bersenam di kawasan perumahan mereka.
Manakala Talita, 9, pula meluahkan kenangan manis yang beliau ingat adalah keluar bersama ibu. Matin pula terkenang arwah ibunya menyuapkan makanan kepadanya.
“Joging dengan ibu Masa itu dekat kawasan rumah kami joging sampai dekat hujung kita singgah beli nasi lemak. Masa ibu nak suap Matin, ibu buat bulat-bulat (kepalkan nasi) baru dia kasi”, luah anak Allahyarham.
Hargai Ibu Selagi Mereka Masih Ada
Dalam pada itu, Talita terlihat mengalirkan air mata apabila berkongsi cerita mengenai ibunya. Anak-anak arwah turut berpesan agar orang ramai harus menghargai dan menyayangi ibu mereka selagi mereka masih ada di dunia.
“Kena hargai ibu.. Dengar cakap ibu, kena sayang ibu. Awak kena doa mak awak yang sudah tidak ada, ayah awak yang sudah tak ada. kena doakan”, pesan Matin.
“Jangan sedih sebab ibu sudah dekat syurga.. Kalau rindu dekat ibu, baca al-Fatihah banyak-banyak buatnya. Ada orang yang tiada ibu bapa lagi kesian. Siapa yang ada ibu itu bersyukurlah. Jangan melawan, ada ramai orang yang tiada ibu sebab sudah meninggal dunia”, luah Talita pula.
Walaupun Masih Kecil Tapi Mereka Sudah Matang
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak apabila mereka melihat kematangan anak-anak ini. Walaupun masih kecil tetapi akal fikiran bagaikan orang yang sudah matang.



Sekadar info tambahan, Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan. Pada 23 Jun yang lalu, Shuib mendirikan rumah tangga kedua bersama usahawan, Watie Hanifiah.
Kredit: XTRA
Mengimbau Kenangan, Netizen Sebak Anak-Anak Siti Sarah Luah Rasa Rindu – “Siapa Ada Ibu Bersyukurlah” Bawang Rangers.