EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Menghadap komputer selama 24 jam tanpa makan dan minum, pemuda berusia 22 tahun mengalami strok

0 month ago, 13-Jul-2019

Kesihatan merupakan aspek yang terpenting dalam kehidupan. Ia sangat berharga namun rata-rata manusia mengambil ringan dan tidak peduli akannya sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak diingini, barulah kesedaran itu akan timbul.

Ternyata perkembangan teknologi yang pesat membuatkan kita begitu leka akannya.

Pernahkan anda menghitung secara kasar jumlah jam yang anda habiskan dengan melayari internet? Kita nampaknya seperti terlekat dan tidak mampu hidup tanpa internet dan gajet yang dimiliki.

(Gambar hiasan) Pixabay

Walau sesibuk mana pun anda di hadapan komputer, tidak kiralah sibuk dengan kerja ataupun bermain permainan dalam talian, pastikan anda tidak lupa untuk makan dan minum secukupnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Menurut laporan UDN, seorang lelaki berusia 22 tahun telah menderita strok ekoran gaya hidup tidak sihat yang diamalkannya.

Pemuda itu dipercayai berasal dari Kaohsiung, Taiwan dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah kafe siber.

(Gambar hiasan)Grecian Hospital

Orang ramai mendapati bahawa dia tidak sedarkan diri dan menggelongsor daripada kerusi yang didudukinya. Dia kemudian digegaskan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan, doktor mendapati bahawa terdapat gangguan pada hemisfera kiri otaknya yang menjadi punca kepada strok. Strok ini mengakibatkan anggota badan sebelah kanannya lumpuh, dan dia juga menghadapi masalah percakapan.

(Gambar hiasan)Stuff.co.nz

Ia dipercayai berpunca daripada gaya hidup pemuda berkenaan yang tidak makan dan minum sepanjang hari kerana menghabiskan masa di kafe siber.

Walaupun tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, keadaan fizikalnya tidak begitu baik dan memiliki berat badan yang tidak ideal.

Ia diburukkan lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif selain tidak mengambil sebarang makanan dan minuman. Pemuda tersebut terpaksa menjalani rawatan pemulihan dalam tempoh 6 bulan sebelum boleh menaiki kerusi roda dan seterusnya berjalan.

Apa yang menyedihkan adalah, doktor menjelaskan bahawa agak sukar untuknya menguasai kembali percakapannya.

Secara amnya, penyakit strok menyerang mereka yang sedikit berusia (64 tahun untuk lelaki dan 68 tahun untuk wanita), tetapi umur pesakit strok mulai menyerang mereka yang lebih muda.

:UDN

Menghadap komputer selama 24 jam tanpa makan dan minum, pemuda berusia 22 tahun mengalami strok Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com