EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Menggelupur Nak Maki Orang Sana Sini, Kau Ingat Kau Cool? Zarina Anjoulie Jijik Tengok Instafamous Gila Fame

0 month ago, 14-Sep-2020

Menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir golongan yang digelar Instafamous termasuklah pengasas produk dan selebriti yang suka meraih perhatian netizen dengan menularkan sesuatu perkara yang tidak perlu, pelakon Zarina Anjoulie tampil buka mulut soal itu di laman Instagramnya.

Menerusi video berdurasi 7.00 minit yang dimuat naik di laman tersebut, Zarina akui golongan seperti ini menjijikkan kerana sering berasakan diri mereka terlalu popular dan tunjuk bagus.

Advertisement

View this post on Instagram

Makin banyak case org nk viral kan tempat org just do anything just utk secebis viral menggelabah Sial ! This is how I feel about it . Sorry not sorry – – – my primer make up base is by @unicohq RM18

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Menjijikkan! Menggelupur nak maki orang sana sini, kau ingat kau cool? Kau nak viralkan tempat orang, malukan tempat orang mana yang kau pergi. Sedar tak orang-orang yang buat benda ni semua mesti youtubers, instafamous, founder tapi tak semua lahKenapa diaorang buat macam tu? Sebab untuk secebis fame!

Advertisement

Katanya untuk menempah nama dan kekal popular, bukan dengan cara memviralkan sesuatu perkara. Hal ini kerana, nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Neelofa difahamkan tidak pernah melakukan perkara seperti itu demi meraih populariti.

Korang tu low class, korok! Pergi tempat orang reviu barang. Yang kau menggelabah nak reviu kat tempat orang kenapa? Kau nampak tak Neelofa buat macam tu? Kau pernah dengar tak Datuk Siti Nurhaliza buat reviu kat tempat orang?

Zarina atau lebih mesra disapa Anjou dilihat tetap menyeru golongan tersebut agar berhenti berkelakuan seperti itu. Hal ini kerana, bertindak menularkan sesuatu perkara tanpa sebab langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Lepas tu tak puas hati sikit nak saman. Obviously kau tak ada duit pun nak saman. Stop lah viralkan orang tanpa sebab. Lagi satu kalau reviu kat tempat orang, orang tu tak sukaKau tak payah pun nak reviu. Kau nak reviu pun rileks-rileks je. Aku ni pun ramai orang tak suka, tak pernah pun kena halau, padahal aku ni kalau bercakap pun memang kuat suara aku,

Namun menerusi video itu juga, Anjou dilihat menujukan kenyataan itu secara umum kepada founder produk dan instafamous yang suka mencari publisiti. Malah ada menyebut beberapa isu tular melibatkan pengasas produk, youtuber dan instafamous.


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...