www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bagi mengelakkan kemalangan berlaku, majikan perlu pastikan pekerja mereka mendapat rehat yang cukup

0 month ago, 17-Apr-2019


Para majikan di Malaysia khususnya digesa bagi memastikan pekerja mereka mendapat rehat yang cukup sebelum mahupun selepas bekerja agar segala perkara tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ir Saiful Azhar Mohd Said, kelesuan berupaya menjadikan individu itu hilang fokus ketika bekerja, selain keupayaan refleks, kemahiran fizikal dan mental serta kehilangan pertimbangan ketika membuat keputusan mampu menjurus kepada berlakunya kemalangan.

Iluminasi/Gambar Hiasan

Sebab itulah pentingnya waktu rehat supaya pekerja berasa segar semula malah ada negara yang memperkenalkannap time(meridap)untuk pekerja merekapekerja juga tidak sepatutnya bekerja terus-menerus untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan kepenatan melampau, jelasnya selepas melancarkan program Kelesuan & Pengurusan Tidurdi Institut Jantung Negara hari ini.

Chicago Tribune/Gambar Hiasan

Tambah beliau lagi, isu kelesuan dan ketiduran dipercayai merupakan antara penyumbang utama kepada insiden kemalangan di tempat kerja.

Hal ini termasuklah kecederaan dan kematian, namun ia tidak pernah dilaporkan. Bila kami terima aduan mengenai kemalangan tempat kerja, tiada langsung mengenai kelesuan atau ketiduran. Sedangkan kalau bekerja dalam tempoh panjang pasti berlaku keletihankami percaya ada, cuma ia tidak pernah dilaporkan.

Portal Berita RTM/Gambar Hiasan

Ekoran ketiadaan aduan membabitkan kelesuan dan ketiduran, banyak pihak tidak menyedari bahayanya isu kelesuan dan ketiduran keranapunca sebenarnyatidak ditekan majikan pula mengutamakan produktiviti tetapi mengabaikan isu kelesuan pekerja mereka, katanya.

Isu kelesuan dan ketiduran bukanlah satu perkara remeh dan boleh dibuat main. Ia harus dipandang serius dan risiko puncanya adalah sama dengan punca kemalangan lain seperti kekurangan latihan dan penggunaan mesin tidak selamat.

: Bernama,

Bagi mengelakkan kemalangan berlaku, majikan perlu pastikan pekerja mereka mendapat rehat yang cukup Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts