EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mengejutkan! Pengurus Alif Satar Beritahu Dari Mana Alif Dapat C0vid19

0 month ago, 22-Nov-2020

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan.

Dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapan.

Ini mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.

Semalam Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan salah seorang individu yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja disahkan positif Covid-19.

Alif yang kebetulan berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama terus ke hospital.

Ini untuk membuat ujian saringan dan hari ini dia dimaklumkan positif Covid-19.

Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif yang sedang menjalani proses kuarantin, katanya.

Menurut Adlina, dia yang turut menemani Alif pada mesyuarat itu masih menunggu laporan daripada pihak hospital sama ada turut dijangkiti Covid-19 atau tidak.

Saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada saya disahkan positif Covid-19 atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu Alif memaklumkan dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan positif jangkitan Covid-19.

Mengejutkan! Pengurus Alif Satar Beritahu Dari Mana Alif Dapat C0vid19

Alif Satar ketika persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19.

Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19.

Dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.

Iisteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran.

Dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya, katanya dalam entri terbaharu di Instagram.

Mengejutkan! Pengurus Alif Satar Beritahu Dari Mana Alif Dapat C0vid19

Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan, katanya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 ditunda

SEPARUHAkhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad terpaksa ditunda pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Ia selepas penyanyi Alif Satar yang merupakan salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada episod pertama malam Jumaat lalu disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan ringkas, TV3 memaklumkan produksi terpaksa menunda program tersebut atas faktor keselamatan.

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dan artis tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci pergerakan bagi langkah-langkah mengurangkan jangkitan.

“Kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh KKM.

Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan kontak rapat artis berkenaan turut menjalani ujian calitan (swab test),” katanya.

Mengejutkan! Pengurus Alif Satar Beritahu Dari Mana Alif Dapat C0vid19

Aliff positif Covid-19 dan buat persembahan pada malam Jumaat.

Mengikut jadual, minggu ketiga akan menyaksikan sembilan lagi lagu bersaing bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Malah, 12 lagu yang layak ke AJL35 juga akan diumumkan dalam episod berkenaan.

Sembilan lagu yang akan dipertandingkan malam ini ialah Hellonyanyian Ismail Izzani dan Andi Bernadee,Eh(ZiziKirana),Semalam(Aina Abdul),Belenggu Rindu(Wany Hasrita/ Datuk Jamal Abdillah) danX Missing U(Dayang Nurfaizah, Tuju dan Yonnyboii).

Lagu lain ialahTakkan Terlerai(Syamel dan Ernie Zakri), Jangan Khianati Aku(Azlan & The Typewriter),Aku Kau dan Muzik(Stacy dan Akim Ahmad) danPeluang Kedua(Nabila Razali).

Pada Jumaat, Alif Satar bersama kumpulan The Locos menyampaikan laguI Want You To Love Me.

: Hmetro Online



SUMBER : budaksitu.pw



Live Website Traffic


loading...