EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Elak mengantuk dalam kelas, sekolah ini wajibkan pelajar tidur 10 minit

0 month ago, 08-Jan-2020

Setelah beberapa jam menelaah ilmu di sekolah, murid dan pelajar seharusnya memdapat waktu rehat dan tidur yang mencukupi bagi kekal cergas.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pelajar yang sukar mendapatkan tidur berkualiti atas pelbagai faktor gangguan ketika berada di rumah.

Oleh kerana itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 di Sarawak menetapkan waktu khas untuk pelajarnya tidur selama sepuluh minit bagi merehatkan tubuh badan dan otak sebelum memulakan pelajaran seterusnya.

Pukul 11.25 a.m 11.35 a.m merupakan waktu senyap sekolah dan pelajar diwajibkan untuk tidur selama 10minit.

Posted by SMK Julau No. 2 onMonday, January 6, 2020

Menerusi laman Facebook sekolah terbabit, jam 11.25 pagi sehingga pukul 11.35 pagi adalah waktu yang diwajibkan oleh pihak sekolah untuk pelajarnya tidur.

Pukul 11.25 a.m 11.35 a.m merupakan waktu senyap sekolah dan pelajar diwajibkan untuk tidur selama 10 minit.

Rasionalnya budaya ini diterapkan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk berehat dan menyegarkan badan bagi mengikuti kelas berikutnya,kata posting tersebut.

Tujuan utama aktiviti itu dilakukan adalah bagi memastikan pelajar sekolah berkenaan lebih bersedia dan segar untuk mengikuti kelas seterusnya.

Ternyata posting berkenaan mendapat perhatian dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan sekolah itu kerana ianya juga merupakan amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Bagusnya sekolah ni! Kan best kalau setiap sekolah amalkan amalan ni. Mesti dapat fokus untuk kelas seterusnya. Semoga sekolah ni terus cemerlang!

: SMK Julau No.2


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...