EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mengaku Dirinya Lelaki Dan Mahu Keluar Islam, Kisah Nur Sajat Ditangkap Dikatakan Hanya Gimik?

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Awal minggu ini tular video Nur Sajat, usahawan kosmetik ditangkap dan Nur Sajat juga telah mengaku dirinya seorang lelaki. Menerusi perkongsian di IGTV Instagram miliknya, Nur Sajat menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi kepada dirinya sejak beberapa hari lepas. Kisah itu bermula apabila dia telah digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan Nur Sajat ditahan kerana satu laporan telah dibuat pada 23 Ogos 2018 kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam dan siasatan telah dilakukan. Namun, Nur Sajat menjelaskan bahawa dia telah menerima layanan yang tidak wajar walaupun telah memberi kerjasama dengan pihak JAIS.

Menurut Nur Sajat, dia merasakan hak dirinya sebagai manusia dicabul. Sajat juga berkongsi dirinya mengalami kecederaan dan mengalami bengkak di bahagian tangan dan badan kerana bergelut mempertahankan diri serta telah mendakwa pihak JAIS sengaja melengahkan proses surat jaminan.

Nur sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman meluahkan rasa kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan transgender sepertinya sehinggakan dia merasa mahu keluar dari Agama Islam kerana merasakan Islam berat untuk dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Sajat dilihat berkongsi beberapa posting tentang depresion atau kemurungan dan menyatakan dirinya kini mengalami kemurungan dengan situasi yang melanda dirinya.

Atas pemerhatian kami diruangan komen, ada sesetengah netizen merasakan tindakan pihak JAIS adalah sangat tidak wajar dan seharusnya melakukan tindakan dengan lebih adil. Namun, ada juga netizen yang bersetuju dengan cara layanan yang diberikan supaya golongan ini merasa takut dan tidak memperlekehkan Agama Islam sebaliknya menghormati Agama Islam.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Nur Sajat mengaku jual kosmetik tidak berdaftar

Waran tangkap untuk Sajat

 

 

 

 

 

: Instagram Nur Sajat

 

Mengaku Dirinya Lelaki Dan Mahu Keluar Islam, Kisah Nur Sajat Ditangkap Dikatakan Hanya Gimik? first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...