www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya Mengaku Ambil Gambar Dengan Dia, Jumpa Di Private Party Skandal Aliff Aziz

0 month ago, 15-May-2019


Gadis seksi yang dikaitkan sebagai skandal terbaru Aliff Aziz akhirnya tampil memberikan kenyataan. Menerusi akaun Instagramnya, dia mengaku mengambil gambar dengan penyanyi itu dalam sebuah ‘private party’.

Bagaimanapun, mereka tidak menjalinkan apa-apa hubungan dan mendakwa foto mereka disebarkan oleh pihak tertentu yang cemburu melihat dirinya bergambar dengan artis.

Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab itu main petik sahaja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah. Gambar itu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya.

Walaupun isu ini sudah hangat dan dia kantoi curang berkali-kali, Aliff nampaknya masih lagi berdiam diri tentang kontroversi skandal terbarunya ini. Isterinya Bella Astillah pula sudah semakin tawar hati dan mengakui mahu meneruskan kehidupan tanpa Aliff.

Terdahulu, Aliff pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2017 apabila didapati curang dan bermesra serta berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke. Beberapa bulan lepas, beliau kantoi curang kali kedua dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose.

Berita : mStar Online





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts