EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Demi Mengajar Student, Cikgu Gigih Cari Line Untuk Online Class Tapi

0 month ago, 19-Nov-2020

Bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dari terus merebak, pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan mengarahkan institusi pendidikan seperti sekolah, universiti dan termasuklah kolej agar ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.

Oleh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Disember 2020, para pelajar disarankan bagi menjalani pembelajaran secara online di kediaman masing-masing agar tidak ketinggalan.

Biarpun begitu, terdapat segelintir pelajar yang masih tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada guru mereka hingga guru berasa terkilan terhadap sikap para pelajar yang tidak menyertai kelas secara dalam talian itu.

Kredit: Tiktok/@adamzamrii_

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @adamzamrii_ yang memuat naik video tersebut ke akaun media sosialnya itu kira-kira 2 hari yang lalu memaparkan seorang guru lelaki dikatakan gigih mencari line internet untuk membuat online class demi anak muridnya, akan tetapi beliau mengeluh dek kerana tiada seorang pun yang join kelasnya itu.

Malahan, beliau berasa sedih akan sikap para pelajarnya yang tidak memasuki kelas online tersebut walaupun beliau hanya mahu menyampaikan ilmu kepada mereka.

Kredit: Tiktok/@adamzamrii_

Situasi ini boleh dijadikan ikhtibar kepada orang ramai agar lebih menghormati guru kita seperti kita menghormati kedua orang tua kita kerana tanpa mereka kita takkan berjaya mengapai cita-cita kita. Janganlah kita sebagai pelajar cuba mengambil kesempatan dalam situasi begini ke atas guru-guru kita. Mereka tidak seharusnya diperlakukan sebegini rupa. Ingat, keberkatan ilmu bergantung kepada keredhaan guru itu sendiri!



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...