www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Mengadu sakit sebelum terjatuh tingkat 7, ibu kecewa tak sempat hantar anak ke hospital

0 month ago, 17-Apr-2019


Berita kematian seorang remaja berusia 15 tahun selepas terjatuh dari tingkat tujuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, semalam telah meraih simpati orang ramai.

Remaja itu, Khorilsyahrulnizam Che Norizam mengadu sakit kepala kepada orang tuanya kerana telah dua hari mengalami demam panas.

Namun niat bapa untuk menghantar anak keduanya itu ke hospital tidak kesampaian akibat kesibukan di tempat kerja.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kemudian menyuruh anaknya tidur sementara dia ke tandas.

Tiba-tiba kami dengar bunyi dentuman kuat. Bila sampai bawah, terus luluh hati saya tengok keadaan Angah yang berlumuran darah, kata ibu mangsa, Seri Sunarti Sukaji.

Menurutnya lagi, beberapa hari sebelum itu, Angah menolak pelawaan untuk dibawa ke klinik kerana mengadu tidak larat berjalan tetapi semalam dia bersetuju untuk dibawa ke hospital.

Memang terkilan tak dapat bawa dia ke hospital. Saya dah pesan minta dia baring di ruang tamu sementara tunggu ayahnya mandi dan kemudian bawa dia ke hospital.

Tapi tak sangka ini pula yang berlaku, katanya yang turut menyifatkan Angah sebagai anak pendiam tetapi mudah mesra.

Tambah Seri, anaknya itu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang aneh.

Saya sendiri pun masih tertanya-tanya macam mana Angah boleh jatuh. Nak lalu atau tengok tempat dia jatuh pun saya rasa takut dan sedih, masih terbayang-bayang keadaan dia.

Beberapa individu turut membantu mangsa untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh namun Angah disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Difahamkan, kes yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan dua mangsa dimana masing-masing terjatuh dari tingkat 12 dan 14 bangunan sama.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Zohor hari ini.

: SinarHarian

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts