EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kak KM meng4muk lagi, ber4ng netizen perlekeh anak dapat 4 flat Kau anak bo0doh, duduk diam-diam

0 month ago, 17-Sep-2023

USAHAWAN sensasi Liana Rosli sekali lagi secara terbuka menghambur kata-kata kas4r terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan cemerlang diperoleh anaknya iaitu Nabila Razman.

Liana atau lebih mesra dengan sapaan Kak KM berkata, dia tidak peduli apabila ada memperlekehkan usaha Nabila yang mendapat purata nilai gred (PNG) 4.0 sebagai bukan sesuatu patut dibanggakan.

Sebaliknya kata Liana, dia tahu anak perempuannya itu seorang yang bijak dan melabelkan netizen bersuara mengh1na kejayaan Nabila mempunyai anak yang bod0h.

Aku tidak peduli dengan mulut-mulut bangs4t di luar sana. Aku tahu anak aku bijak pandai, yang lain pergi mampus.

Kak KM ber4ng apabila ada segelintir pihak memperlekehkan kejayaan anaknya.

Kau anak bod0h, duduk diam-diam, tulisnya di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

 

Sebelum itu, Liana berkongsi keputusan cemerlang Nabila bagi peperiksaan semester pendek yang didudukinya baru-baru ini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Rasa bangga Liana itu bagaimanapun diperlekeh segelintir pihak hanya kerana Nabila hanya mengambil dua subjek untuk semester berkenaan bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan

Dalam pada itu, Liana berkata, dikurniakan anak yang bijak juga adalah satu nikmat dan rezeki kurniaan Allah dan pencapaian Nabila itu adalah hasil usahanya sendiri.

 

Anak bijak pun rezeki. Ingat senang ke nak cemerlang? Kena tekun belajar Syukur semua hasil usaha anak mama sendiri, ujarnya.

Menerusi satu perkongsian lain dibuat Nabila di Instagram miliknya memberitahu keputusan diperolehinya itu sebagai membalas kekecewaan kerana gagal mendapat Anugerah Dekan bagi semester lalu.

Kak KM bangga dengan pencapaian Nabila.

Jelasnya, dia tidak berniat mahu bersikap menunjuk-nunjuk dengan keputusan diperolehnya itu sebaliknya sekadar mahu membuat ibunya berasa bangga.

Bagi saya ini pencapaian untuk diri sendiri. Semester lepas saya menangis sebab dapat 3.6 Saya nak sangat simpan satu sijil Anugerah Dekan

Harapan saya nak buat mama bangga dan bukan satu Malaysia bangga dengan saya, jelasnya.

mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.



SUMBER : mytvviral.com