EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM Akan Meneliti Segala Kaedah Dan Rawatan Baru

3 month ago, 27-Mar-2020


Kementerian Kesihatan akan meneliti berkenaan kaedah dan rawatan baru bagi memulihkan pesakit covid-19 di negara kita, termasuklah kaedah rawatan yang digunakan di China. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan yang penelitian untuk memulihkan pesakit covid-19 ini ada dibincangkan oleh kumpulannya.

Kaedah serta rawatan menggunakan plasma darah pesakit yang sudah sembuh untuk mengubati pesakit yang berjangkit adalah antara kaedah dan rawatan yang digunakan di China. Kaedah penggunaan plasma darah ini memerlukan mesin khas, plasma darah boleh digunakan balik daripada pesakit yang sudah pulih kata Noor Hisham.

Walaubagaimanapun, pihak KKM masih tidak pasti sama ada kaedah yang dilakukan di China itu betul-betul terkesan atau sebaliknya. Noor Hisham juga mengatakan yang KKM sedang melihat dan belajar benda baru tentang penggunaan ubat yang digunakan di China dan ubatan dari Jepun.

Apa yang KKM dapati, ubat berkenaan akan mendapat kesan sampingan seperti cirit-birit, ruam dan toksik kepada buah pinggang. Kementerian boleh meluluskan kaedah tersebut untuk digunakan di Malaysia walaupun ia tidak berdafar, tetapi perlu lihat terlebih dahulu kajian menyeluruh terhadap kesan sampingannya. Kementerian juga perlu mengkaji secara teliti terlebih dahulu sebelum diguna pakai ubatan tersebut kerana bimbang boleh memudaratkan pesakit.

: Berita Harian

+ Baca respon pembaca KKM akan teliti kaedah dan rawatan baru di Facebook Oh! Media.
: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...