EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Mendapatkan Semula Geran Tanah Yang Hilang/Rosak

0 month ago, 23-Sep-2022

Bagi individu yang geran tanahnya hilang atau rosak, mereka tidak perlu risau kerana geran tanah tersebut boleh dikeluarkan semula.

Seksyen 166 (1) (d) menyatakan geran tanah boleh dikeluarkan jika dokumen hakmilik telah hilang, atau keseluruhannya atau sebahagiannya telah musnah, atau dengan tidak sepatutnya atau dengan salahnya ditahan.

Oleh itu, individu yang ingin mendapatkan semula geran tersebut, mereka perlu mengikuti langkah-langkah di bawah.

1. Laporan Polis

Individu perlu membuat laporan polis terlebih dahulu mengenai kehilangan geran tanah tersebut.

Maklumat yang perlu ada dalam laporan polis tersebut seperti:

  • Nama pemilik
  • Nombor kad pengenalan pemilik
  • Maklumat Geran
  • Alamat hartanah
  • Tarikh kehilangan

2. Akuan Bersumpah

Selepas membuat laporan polis, individu perlu membuat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Akuan Bersumpah ini dibuat bagi tujuan untuk dapatkan semula geran baru di Pejabat Tanah.

3. Permohonan Di Pejabat Tanah

Individu kemudiannya perlu pergi di Pejabat Tanah untuk membuat permohonan.

Individu perlu mengisi Borang Permohonan untuk dapatkan geran yang baharu.

Sila lampirkan dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan:

  • Laporan polis
  • Surat akuan bersumpah asal oleh pemilik
  • Salinan kad pengenalan pemilik
  • Carian persendirian hartanah
  • Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu
  • Bayaran permohonan

4. Siasatan Pejabat Tanah

Selepas permohonan dibuat, Pejabat Tanah akan membuat siasatan untuk permohonan tersebut.

Pemilik mungkin akan dipanggil oleh Pejabat Tanah untuk menghadiri siasatan.

5. Kutipan Geran Baharu

Jika geran baharu siap, pemilik akan dihubungi oleh Pejabat Tanah untuk mengambil geran tersebut di Pejabat Tanah.

: https://jomtanyapeguam.com/apa-nak-buat-kalau-geran-tanah-hilang/ dan https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/cara-untuk-buat-penggantian-geran-tanah-hilang-rosak-atau-hancur-70828.

Cara Mendapatkan Semula Geran Tanah Yang Hilang/Rosak SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...