www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kamu Suka Mencarut? Masa Untuk Hentikannya!

0 month ago, 08-Nov-2018


Swearing ramai antara kita melakukannya. Tapi apa yang membezakan adalah berapa kerap kita lakukannya dan cara kita gunakannya. Tiba masa kamu kurangkannya dengan tip Cosmo ini.

Foto: Shutterstock.com

Kamu pasti biasa dengar orang lain lontarkan kata-kata kesat seperti mencarut atau kamu sendiri gunakan perkataan tersebut Dalam dunia serba moden ini, ia sudah menjadi kosa kata yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Jika zaman dahulu mencarut dilabel perbuatan yang tidak senonoh, apatah lagi jika kamu seorang wanita. Tapi kini ia sudah berkembang mencarut bukan lagi satu perbuatan semata-mata untuk menyumpah seseorang, tapi perkataan itu sendiri sudah mempunyai pelbagai terjemahan dan maksud sehingga boleh digunakan dalam apa jua situasi dan emosi. Marah, sedih, gembira it all make sense.

Satu contoh paling mudah, jika dahulu kamu label teman-teman kamu sebagai girlfriends atau baby girl, kini kamu mengelar mereka dengan nama lain yang jika orang lain mendengarnya akan rasa ia kasar. Tapi teman kamu pula sedikit pun tidak terasa hati. Mungkin bagi kamu ia hanyalah perkataan dan tidak memberi impak kepada kehidupan, hakikatnya ia boleh berikan tanggapan negatif kepada penampilan serta profesionalisme kamu. Bagaimana untuk kurangkannya (atau berhenti terus)? Ikuti panduan ini.

1) Akui ia berikan impak negatif

Kamu mungkin menyumpah dan mencarut kerana ia mudah, seronok, kandid, tegas, ekspresif, break rules dan bantu kamu kurangkan kemarahan dan kesakitan yang sedang dialami. Tapi hakikatnya ia berikan impak negatif melebihi positif. Kamu tidak akan menang apa-apa perbalahan dengan mencarut. Kamu juga tidak akan membuktikan bahawa kamu seorang yang bijak ataupun vokal. Kamu tidak akan mendapat penghormatan daripada orang lain atau admiration. Kamu tidak berikan motivasi malah mengintimidasi. Menyumpah dan mencarut tidak menjamin pekerjaan (melainkan jika kamu mahu jadi seorang penyanyi rap seperti Eminem), kenaikan pangkat ataupun hubungan romantis.


SUMBER : cosmopolitan.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts