EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mencari pahala jarak jauh

0 month ago, 31-Jul-2020

"BIARPUN Covid-19 melanda, saya tidak 'menang tangan' memenuhi permintaan ramai umat Islam tempatan yang mahu melaksanakan ibadah korban di luar negara. Setakat ini, sudah 200 ekor lembu ditempah dan bakal dikorbankan esok (hari ini) selain 90 ekor kambing," ujar pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Rahmat Abdullah.

Menurutnya, jumlah terhad dan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengerjakan ibadah korban di Malaysia susulan pandemik Covid-19 menyebabkan ramai memilih melakukan ibadah itu di luar negara.

"Semua lembu ditempah ini akan dikorbankan di beberapa negara antaranya Tanzania, Sri Lanka, Kemboja, India, pelarian Rohingya di kem Cox's Bazar, Bangladesh dan Madagascar.

"Tugas dan amanah ini dipermudahkan dengan bantuan bekas penuntut UIA warga asing yang berada di negara berkenaan. Mereka sanggup membantu dalam urusan membeli lembu, mendapatkan kelulusan permit dan memastikan ibadah korban itu dilaksanakan di lokasi ditetapkan.

"Paling utama, daging korban itu diagihkan kepada golongan daif serta mereka yang benar-benar layak menerimanya," katanya.

DR Rahmat meneruskan usaha melakukan ibadah korban di luar negara atas permintaan rakyat Malaysia.
DR Rahmat meneruskan usaha melakukan ibadah korban di luar negara atas permintaan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, faktor harga lembu lebih murah di luar negara turut menyumbang kepada peningkatan bilangan individu yang mahu melakukan ibadah itu di luar negara.

"Sebagai contoh, seekor lembu di India berharga sekitar RM1,400 hingga RM2,200. Maka setiap individu yang mahu menyertai korban hanya perlu membayar sekitar RM260 hingga RM310 bagi satu bahagian berbanding lebih RM600 bagi lembu tempatan.

"Begitu juga harga seekor lembu lembu Zulu di Afrika dijual hanya sekitar RM1,900 seekor," katanya yang aktif melakukan kuliah agama di surau dan masjid sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, kekangan akibat Covid-19 bukanlah halangan untuk umat Islam di Malaysia mengejar pahala pada Aidiladha ini.

PENDUDUK kampung bergotong-royong mengangkat dan melapah lembu korban.
PENDUDUK kampung bergotong-royong mengangkat dan melapah lembu korban.

"Walaupun haiwan dikorbankan berada jauh beribu kilometer namun saya akan memastikan amanah ini dilakukan dengan sempurna. Nama dan gambar peserta korban serta lembu dikorbankan akan dihantar melalui WhatsApp sebagai bukti

Sementara itu, Pengarah Operasi Aqiqahcentre.com, Abdullah Mubarak berkata, ibadah korban di luar negara masih diteruskan seperti biasa pada tahun ini walaupun menghadapi situasi penularan pandermik Covid-19.

"Memandangkan situasi penularan wabak terkini, kami menggunakan khidmat rakan strategik kami di negara tertentu untuk melaksanakan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Bagi Aqiqahcentre.com, perkara paling penting bukanlah memperbanyakkan lokasi ibadah korban di luar negara sebaliknya lebih menjurus kepada pelaksanaan yang mengikut garis panduan disediakan.

"Alhamdulillah tahun ini masih mampu untuk melaksanakan ibadah korban di Makkah sama seperti tahun sebelumnya. Cuma tahun ini kita tidak menghantar wakil ke sana kerana situasi semasa, Insya-Allah tahun depan jika keadaan kembali normal," katanya.

Menurutnya, selain ibadah korban di Makkah, pihaknya turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan ibadah berkenaan di dalam negara.

ANTARA penduduk yang menerima agihan daging korban.
ANTARA penduduk yang menerima agihan daging korban.

SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...