EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bapa Menangis Tak Mampu Bayar Duit Gambar Konvo Tadika Anak.

0 month ago, 10-Nov-2019


Bagaikan sudah menjadi satu trend apabila kebanyakan pusat asuhan kanak-kanak atau tadika pada masa kini mengadakan majlis graduasi bagi meraikan anak-anak yang tamat belajar.

Walau bagaimanapun, majlis tersebut bukanlah percuma kerana ibu bapa kebiasaannya diminta untuk membayar sejumlah bayaran untuk menampung kos pakaian serta pakej fotografi.

Ambil gambar graduasi sekolah tadika

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang lelaki menceritakan satu kejadian yang berlaku ketika sedang menunggu untuk sesi fotografi sempena majlis graduasi tadika anaknya, baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Irwan itu menyaksikan bagaimana seorang bapa terpaksa menolak permintaan anaknya untuk bergambar disebabkan masalah kewangan.


Paling murah pakej RM20, tapi bapa tak bawa duit




Motosikal pinjam dari boss

Menurut Irwan itu, dia pada mulanya terdengar kata-kata lelaki itu secara tidak sengaja.

Kasihan melihat anak kepada lelaki pulang dengan tangan kosong, Irwan mempelawa kanak-kanak itu untuk bersama anaknya di dalam studio.


Menangis dia peluk gua

Selesai sesi bergambar, lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Irwan kerana menggembirakan hati anaknya lalu lelaki itu memeluknya dengan perasaan sebak.

Irwan juga sempat berpesan kepada lelaki itu agar sentiasa berusaha demi keluarga dan tidak mudah patah semangat.


Salute bro!

Sementara itu, netizen yang membaca perkongsian tersebut memuji tindakan Irwan yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi menggembirakan hati kanak-kanak.

Rata-rata mereka mendoakan agar Irwan dan bapa kanak-kanak itu sentiasa dimurankan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


: Irwan via https://www.ohmymedia.cc/



Live Website Traffic


loading...