EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jom Menabung Dengan Simpanan SSPN & Sertai Aktiviti Serta Program Menarik Sempena BMS 2021 Untuk Menangi Hadiah Hebat!

0 month ago, 11-Oct-2021

Sebagai ibu bapa, merancang untuk masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh.

Haajangan risau!Bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 ini,PTPTN memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjadi superhero anak-anak korang dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021. Ia berlangsung serta diselaraskan mengikut norma baharu.

Program Bulan Menabung Simpan SSPN 2021 ini diadakan secara tahunan semenjak tahun 2018 sebagai salah satu program promosi dalam usaha menjadikanSimpanSSPN sebagai pilihan utama masyarakat untuk membuat penabungan di samping memberi pendedahan dan memupuk amalan menabung di kalangan anak-anak.

Nak tahu antara keistimewaan Simpan SSPN?

  1. Simpanan dijamin oleh Kerajaan dan skim simpanan patuh syariah;
  2. Kadar dividen yang diberikan adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain;
  3. Skim ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun;
  4. Melalui Simpan SSPN Prime, perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas;
  5. Bagi pendeposit Simpan SSPN Plus, dengan simpanan serendah RM30 sebulan, boleh mendapat manfaat perlindungan takaful sehingga RM60,000 selain khairat kematian dan manfaat bagi 45 penyakit kritikal serta elaun harian hospital;
  6. Keistimewaan tambahan bagi pendeposit Simpan SSPN Plus adalah tiga (3) pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Bhd (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Bhd (TIFB);
  7. Layak memohon pinjaman pendidikan.

*Tertakluk terma dan syarat

BMS 2021 merupakan programsignaturePTPTN di mana ia menjadi program khusus yang diadakan oleh PTPTN sempena menyambut Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Ha..palingbest, ada pelbagai aktiviti dan program menarik tau yang korang boleh join. Nak tau apa, jom tengok!

PTPTN anjur pelbagai Program sempenaBMS 2021

Dengan Bertemakan Galaksi, BMS 2021 kali inimembawa kelainan dengan adanya pelbagai program dan aktiviti untuk korangjoin.

Program ini akan berlangsung secara live dengan penampilan istimewa artis, panel jemputan daninfluenceryang dibawakan khas untuk memeriahkan lagiBMS 2021yang turut berkongsi maklumat perancangan kewangan melalui penabungan.

Boleh sertai pertandingan & berpeluang menang hadiah hebat!

Palingbest, kalau korangbuka akaun Simpan SSPN ni, korang boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan sepanjang BMS 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Antara pertandingan yang korang dan anak-anak boleh sertai adalah:

i.Pertandingan Fotografi Simpan SSPN (1-9 oktober 2021)

  • Pertandingan Fotografi Simpan SSPN adalah merupakan pertandingan yang disertai anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa/ penjaga mengambil gambar anak-anak mengikut kreativiti.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i.Kategori 1: Peserta berumur 6-8 tahun

ii.Kategori 2: Peserta berumur 9 -12 tahun

ii.Cabaran #SuperheroSiManja (1 23 Oktober 2021)

  • PertandinganCabaran #SuperheroSiManjaadalah merupakan pertandingan yang mengajak ibu bapa untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan tips bagaimana menjadisuperherokepada anak-anak.
  • Peserta perlu memuat naik gambar atau video (maksimum 1 minit) di ruangan komenpostingperaduan beserta hashtag #BulanMenabungSimpanSSPN2021 dan #SuperheroSiManja.

iii.Pertandingan Slogan Kreatif BMS 2021 (2 10 Oktober 2021)

  • Peraduan Slogan Kreatif BMS 2021 merupakan peraduan yang memerlukan peserta untuk mencipta slogan kreatif berkaitan Bulan Menabung 2021 pada ruangan komen siaran FBLiveMajlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021.

iv.Peraduan Like, Share & Win BMS 2021 (2-25 Oktober 2021)

  • PeraduanLike, Share & WinBMS 2021 merupakan peraduan yang memerlukan pesertaLike & Share posting FacebookRasmi: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkenaan Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 keFacebooksah peserta.

v.Happy Hour (2 23 Oktober 2021)

  • Happy Houradalah merupakan slot interaksi dan terbuka di antara PTPTN dengan pelanggan secara langsung melaluiFacebookPTPTN Negeri.Aktiviti ini juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk pelanggan yang mengambil bahagian sepanjang tempohHappy Hourdijalankan.

vi.Quizizz (5 29 Oktober 2021)

  • Quizizzadalah merupakan kuiz berbentukegameyang terbuka kepada semua warganegara Malaysia bagi menguji pengetahuan am dan minda peserta. Aktiviti ini juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk peserta yang mengambil bahagian sepanjang tempohQuizizzdijalankan.

vii.Chef Junior Simpan SSPN (6 14 Oktober 2021)

  • Pertandingan ChefJuniorSimpan SSPN merupakan pertandingan yang disertai oleh kanak-kanak dengan pengawasan dan pemantauan ibu bapa/ penjaga. Peserta dikehendaki untuk merakam aktiviti dan video memasak yang kreatif.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i. Kategori 1: Peserta berumur 8 -12 tahun

ii. Kategori 2: Peserta berumur 13 -15 tahun

viii.Colouring Contest Simpan SSPN (11 19 Oktober 2021)

  • Colouring ContestSimpan SSPN diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah bagi memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang perlu dimuat turun dan menghantar hasil lukisan tersebut untuk dinilai.
  • Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori:

i. Kategori 1: Peserta berumur 5-7 tahun

ii. Kategori 2: Peserta berumur 8 -10 tahun

iii. Kategori 3: Peserta berumur 11 -12 tahun

ix.Snap & Win Simpan SSPN (15 23 Oktober 2021)

  • PertandinganSnap & WinSimpan SSPN adalah merupakan pertandingan yang disertai anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa/ penjaga perlu mengambil gambar atau video anak-anak maksimum tujuh (7) keping.
  • Pertandingan ini hanya mempunyai satu (1) kategori sahaja iaitu pendeposit yang mempunyai anak berumur dari 1 tahun sehingga 7 tahun.

x.Simpan SSPN Got Talent (18 26 Oktober)

  • Pertandingan Simpan SSPNGot Talentadalah merupakan pertandingan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak dengan pengawasan dan pemantauan ibu bapa/ penjaga.
  • Peserta perlu merakam aktiviti dan menghasilkan video yang kreatif dan menarik samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berdurasi maksimum tiga (3) minit sahaja;
  • Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i.Kategori 1 : Peserta berumur 6 8 tahun

ii.Kategori 2 : Peserta berumur 9 12 tahun

Ha macam mana? Memang banyak betul aktiviti dan hadiah menarik menanti korang dan anak anak kan? Jadi, tunggu apa lagi tu? Jom la ramai-ramai sertai program dan pertandingan yang telah dianjurkan olehBMS2021ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai Simpan SSPN dan BMS 2021 korang boleh layari laman web mereka diSINI.



SUMBER : hotfm.audio



Live Website Traffic


loading...