EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Men1pu sewaktu saringan, peserta Ijtimak larikan diri kemudian dicekup polis

0 month ago, 21-Mar-2020

Kerajaan dan juga petugas kesihatan kini bekerja keras untuk sebilangan jemaah tabligh yang mengikuti himpuan ijtimak di Masjis Sri Petaling untuk membuat saringan C0VID-19.

Namun, kebanyakan berita dan juga desas desus yang disampaikan mengatakan bahawa, masih ada lagi sebilangan daripada mereka yang masih berdegil untuk menghadirkan diri ke klinik ataupun hospital berdekatan untuk melakukan saringan.

Menurut perkongsian lelaki yang menyaksikan satu kejadian, seorang peserta Ijtimak di Sri Petaling telah dikesan mempunyai simptom C0VID-19. Amat kesal sekali, suspek berkenaan dikatakan telah men1pu sewaktu ujian saringan dan duduk di ruangan menunggu yang penuh dengan pesakit lain.

Setelah berjumpa dengan doktor, rahsianya itu terbongkar dan dia bertindak melarikan diri.

Sudah pastinya, kisah peserta yang melarikan diri ini menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai. Ramai juga kecewa dengan sesetengah golongan tabligh ini yang masih memetingkan diri sendiri tanpa pertimbangkan kesihatan orang lain.

Demi kesihatan seluruh rakyat Malaysia, diseru agar semua orang memainkan peranan dan bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam apa jua aspek. Sila duduk dirumah dan jangan ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dibuat.

:Facebook.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...