EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buku Memoir 22.11 catatan peribadi Adly sepanjang 22 bulan tadbir Melaka

0 month ago, 12-May-2022

Buku Memoir 22.11 merupakan catatan pengalaman peribadi Adly Zahari selaku Ketua Menteri Melaka Ke-11 di sepanjang tempoh 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka.

Secara umumnya, buku ini mengandungi catatan sejarah dari awal kemenangan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 sehinggaiah kepada kejatuhan Kerajaan PH Negeri Melaka pada 2 Mac 2020.

Menurut ADUN Bukit Katil itu, buku tersebut menjelaskan bagaimana Kerajaan PH Negeri Melaka dibentuk, bermula dengan pelantikannya sebagai Ketua Menteri, cabaran yang dilalui serta usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam tempoh 22 bulan bagi menjayakan aspirasi rakyat yang telah memilih PH.

Buku Memoir 22.11 catatan peribadi Adly sepanjang 22 bulan tadbir Melaka
Menandatangani buku untuk peminat

“Kerajaan PH Melaka telah berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan harapan rakyat dengan meletakkan kepedulian dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

“Selain daripada itu, Memoir 22.11 turut menjelaskan tentang hala tuju, aspirasi dan harapan saya dalam membangunkan negeri dan rakyat,” kata beliau di pelancaran Buku Memoir 22.11 malam tadi.

Negeri Melaka melalui slogan Melaka Berwibawa dan Gagasan #IniRumahKita dengan matlamat untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan rakyat.

Buku ini juga turut mengimbau sejarah detik-detik sebelum kejatuhan Kerajaan PH Melaka ekoran daripada Langkah Sheraton.

Adly Zahari abadikan catatan peribadi sebagai bekas Ketua Menteri Melaka dalam Buku Memoir 22.11

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu Memoir 22.11 boleh dijadikan rujukan kepada kepimpinan yang akan datang khususnya PH dalam proses pembentukan kerajaan serta dalam mentadbir sesebuah negeri.

“Buku ini juga boleh menjadi rujukan untuk rakyat mengetahui mengenai politik Negeri Melaka secara khususnya dan Malaysia amnya.

“Sebagai bahan sejarah, buku ini pastinya boleh dijadikan rujukan untuk generasi yang akan datang,”kata beliau.

Majlis Pelancaran Buku Memoir 22.11 Adly Zahari disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisommudin Bakar dan ulasan buku oleh Zayed Munawar Zayed Mustar.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Steven Sim.





Live Website Traffic


loading...