www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bayi ini memiliki rambut yang unik dan sungguh lebat, memukau ramai orang yang melihatnya

0 month ago, 16-Apr-2019


Boston yang berusia empat bulan memiliki rambut yang sangat memukau dan ibunya, Tara Simich ramai yang berhenti untuk melihat rambut bayinya itu. Ia mungkin kerana bayi comel tersebut kelihatan seperti dia memakai rambut palsu pada pandangan pertama!

Lihatlah rambutnya

 

View this post on Instagram

 

Goodmorning ?? Baby Boston #bostonsimich #4monthsold #babyhair @bostonsimich

A post shared by Tara Mia Simich (@tarasimich) on

Dilahirkan pada 4 Disember, Boston yang berasal dari Perth, Australia dikatakan rambut tebalnya itu mengikut rambut bapanya. Pada bulan-bulan berikutnya, rambut Boston terus tumbuh menebal.

Apabila Boston menjadi tular, rambutnya telah menjadi inspirasi ramai orang di media sosial. Tara yang menjalankan program kecergasan juga mendedahkan bahawa Boston memiliki rambut yang unik dan luar biasa.

"Kebanyakan orang terkejut kerana dia sangat kecil, mereka tidak boleh percaya rambutnya itu," kata Tara.

 

View this post on Instagram

 

Melts my heart ?? 16 weeks old ???????? #bostonsimich @bostonsimich

A post shared by Tara Mia Simich (@tarasimich) on

Bayi sering kehilangan rambut asal ketika baru dilahirkan di sekitar usia enam bulan, tetapi seolah-olah Boston tidak perlu bimbang sekarang. Kerana rambutnya sangat menakjubkan, ramai orang bertanya kepadanya apa produk rambut yang dia gunakan pada anaknya yang comel.

Malangnya, kita tidak boleh mengetahui rahsia rambutnya itu kerana ia adalah semula jadi.

Tara kerap berkongsi gambar-gambar Boston di Instagram, jadi pastikan untuk mengikutinya jika anda mahu melihat keadaan semasa rambut Boston!

:InspireMore, tarasimich/Instagram

Bayi ini memiliki rambut yang unik dan sungguh lebat, memukau ramai orang yang melihatnya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts