EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Ya, saya memang teruk'

0 month ago, 16-Jan-2020

TERUSKAN ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri, luah artis kontroversi, Aliff Aziz di Instagtam Story, semalam.

Ia susulan video berdurasi lebih seminit yang tular di laman sosial sejak Isnin lalu memaparkan penyanyi itu bertegang mulut dan hampir bergaduh dengan individu lain di hadapan sebuah restoran di Singapura.

Aliff dalam luahan itu berkata, tidak ada sesiapa yang tahu kesukaran dilalui selain menyifatkan ia tidak perlu dijelaskan kepada umum.

Percayalah, cuba berada di tempat saya dan mungkin baru satu langkah anda sudah jatuh. Ya, saya sudah malukan orang tersayang. Tidak ada siapa tahu kesukaran saya. Tidak mengapa sebab tidak perlu jelaskan kepada sesiapa. Asal saja saya masih ada Allah. Tidak kira teruk macam mana orang fikir mengenai saya, saya tetap hamba-Nya, kata artis kelahiran Singapura ini.

Dalam kenyataan sama, Aliff yang juga bekas suami pelakon, Bella Astillah, mengingatkan orang ramai supaya jangan suka menghina dirinya kerana belum terkena kepada diri sendiri.

Kelakar, macam mana orang boleh anggap diri sebagai Muslim seolah-olah percakapan mereka adalah hamba terbaik. Cermin diri dan lihat jika anda layak menjatuhkan hukum. Ia juga peringatan untuk diri sendiri. Rezeki semua daripada Allah. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya, katanya.

Menerusi video yang tular itu, Aliff didapati membuka zip seluar seperti mahu menunjukkan kemaluan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, tidak jelas isi kandungan percakapan Aliff selain aksinya yang kelihatan tidak terurus serta cubaan beberapa individu untuk menenangkannya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...