www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Memahami konteks sebenar perbahasan Dr Ali al-Qurahdaghi tentang siyasah syariyyah

0 month ago, 15-May-2019


BARU ni ditularkan oleh puak liberal dan puak mengaku islamis satu rakaman ceramah al-Qurahdaghi yang berbicara soal siyasah syariyyah. Saya pelik sungguh:

1. Awal lagi al-Qurahdaghi dah nyatakan bahawa dalam siyasah Islam itu memang terdapat ruang ijtihad tetapi dalam masa yang sama ada prinsip. Bukan ke yang puak ni perjuangkan politik Islam semuanya ijtihad sampai dibakul sampahkan prinsip yang dibahas ulama terdahulu?

2. Memang keadilan adalah prinsip besar dalam siyasah syariyyah, tapi tak nafikan adanya prinsip-prinsip yang lain. Mudahnya ulama sepakat ia disimpulkan pada tiga perkara: al-hakimiyah, al-adalah dan al-shura. Takkan la ambil satu prinsip sahaja dan tolak yang lain?

3. Al-Qurahdaghi menyebut secara jelas bahawa kata-kata yang disebut oleh Ibnu Taymiyyah itu adalah dinaqalkan daripada orang lain, bukan Ibnu Taymiyyah sendiri yang menyatakan. Dalam video itu tidak diterjemahkan perkataan arab tersebut.

4. Al-Qurahdaghi menyebut lagi perspektif perbahasan kata-kata tersebut adalah berbicara soal sunnatullah dalam sejarah peradaban manusia iaitu secara logiknya negara yang ada padanya keadilan pasti rakyat akan dokong jadi akan kekal lebih lama. Syeikh sendiri sebut nasr yang disebut dalam kata-kata itu bukanlah bermaksud Allah menurunkan kemenangan dalam kefahaman Islam tetapi sekadar sunnah alam yang Allah tetapkan. Sekali lagi video itu tidak diterjemahkan perkataan Arab tersebut secara tepat.

5. Bermaksud kata-kata ini langsung tidak membawa maksud tentang hukum syarak seperti boleh melantik pemimpin bukan Islam atau pemimpin kafir lebih baik daripada pemimpin muslim. Ia sekadar memberi gambaran besarnya nilai keadilan dalam sejarah hidup manusia.

6. Tentang azab atas suatu kaum sama ada kerana kekufuran atau kezaliman yang dibahas oleh al-Qurahdaghi, perkara ini juga hakikatnya selari dengan apa yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah sebelum ini. Inilah sunnah alam yang Allah telah tetapkan, kezaliman itu akan membawa kepada kehancuran tidak kira siapa yang melakukannya. Al-Razi ada menaqalkan satu athar:

????? ???? ?? ????? ??? ???? ?? ?????
Pemerintahan itu akan masih boleh kekal walaupun ia kafir namun akan runtuh bila ia zalim.

7. Sebab itulah tiada mana-mana ulama pun menggunakan ayat ini dalam perbahasan kuasa bagi orang kafir dan al-Razi sendiri tidak bawa perbincangan tu ke sini. Kerana mereka semua tahu ayat ini berbahas dalam koteksnya yang tersendiri iaitu tentang sunnah alam atau logik kerajaan yang kita sendiri boleh fikirkan. Bukan berbicara soal hukum hakam Syarak.

8. Cara begini bukan baru dikalangan puak liberal, cara sama juga digunakan dalam benarkan murtad. Tiada sorg ulama pun sejak dahulu lagi berbahas soal murtad menggunakan ayat Quran tiada paksaan dalam beragama kerana mereka semua faham konteks perbahasan ayat tersebut. Secara tiba-tiba puak ini datang dan ubah konteks ayat ini mengikut selera mereka.

Jadi saya pelik, kenapa mereka terkinja-kinja sangat bila tonton video al-Qurahdaghi tu? Padahal ia secara jelas tolak pemikiran mereka depan-depan.

Pelik, makan cili tak rasa pedas pula ye.

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
10 Ramadhan 1440H

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)




SUMBER : indahnyaislam.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts