EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Meluruskan Asas Muafakat

0 month ago, 04-Apr-2021



1. Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan untuk menyatukan persaudaraan dan kuasa politik umat Islam. Ia melangkaui kepentingan parti masing-masing. Ia tidak bertujuan menjadikan mana-mana parti mendominasi satu sama lain. Ia semata-mata untuk memperkasakan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, sekaligus memberi jaminan keselamatan dan kebajikan untuk rakyat minoriti. 

2. Agenda MN menolak sebarang muafakat atau kerjasama dengan mana-mana golongan yang menolak Islam atau tidak mesra Islam sepertimana telah ditunjukkan oleh DAP dan PKR ketika mentadbir negara bersama PH. Justeru, slogan "No DAP, No PKR" sentiasa dilaungkan dan dijadikan asas persefahaman. Malah, PAS keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2015 juga atas asas menolak agenda DAP dan PKR yang dilihat songsang tidak menguntungkan Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS dalam tulisan terkini iaitu kerjasama mestilah berasaskan dua perkara; pertamanya dengan golongan yang tidak ekstrem dan keduanya dengan golongan bukan bersifat liberal. 

3. Dalam meluruskan asas muafakat inilah Presiden menegaskan kepentingan menjaga muafakat semua parti termasuk UMNO dan PBBM. Bersama UMNO di pertegaskan slogan perkukuhkan MN. Bersama PBBM pula di pertegaskan slogan mempertahankan PN yang PAS dan UMNO juga menjadi sebahagian kerajaannya. Tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dan diuruskan bersama cuba diruntuhkan pula sehinggalah berlakunya PRU seterusnya.

4. Dalam mendepani pelbagai isu rakyat dalam suasana pandemik covid-19 dan kesuraman ekonomi, kesatuan di kalangan pemimpin sangat penting dan ia menjadi asas kestabilan kerajaan. Kerajaan perlu dilihat sentiasa memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat. Kritikan yang dibuat mestilah dengan hasrat ke arah memperkasakan kerajaan bersama. Tidak wajar isyarat yang salah disampaikan kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan isu kesusahan ekonomi dan pengangguran akibat pandemik covid-19. Justeru, tema Malaysia Prihatin perlu sentiasa sentiasa dilonjakkan dan di persadakan.

5. Kesatuan umat ini tidak mudah. Laluannya berliku. Ramai yang sedang mendoakan kejayaan kesatuan ini sepertimana adanya golongan yang mengharapkan kehancuran perpaduan ini kerana kepentingan peribadi sendiri.

Ayuhlah umat terus bersatu di atas asas muafakat yang telus dn tulus.

Dr Khairuddin Takiri
3.4.2021

https://www.facebook.com/569086473101387/posts/4243660428977288/



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...