EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Demi melindungi kesayangan daripada terkena hujan lebat, ibu kucing peluk erat anak-anaknya

0 month ago, 11-Jul-2019

Jepun merupakan salah satu negara yang sering dilanda bencana alam seperti gempa bumi disebabkan oleh kedudukan geografinya yang terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan menjadi titik pertemuan di antara tiga plat tektonik yang aktif.

Selain gempa bumi, Jepun juga sering dilanda bencana seperti tsunami. Tetapi menjelang bulan ini, bahagian barat Jepun mula mengalami keadaan hujan lebat yang berpanjangan di beberapa daerah seperti Kagoshima, Kyushu, Miyazaki dan juga Ehime di Shikoku. Lebih dahsyat lagi,BH Online melaporkan insiden berkenaan turut mengorbankan dua mangsa selain mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

Keadaan ini memaksa pihak kerajaan untuk mengeluarkan arahan kecemasan bagi memindahkan lebih daripada sejuta penduduk ke kawasan yang selamat bagi mengelakkan insiden seperti penyakit akibat banjir, angin yang kencang dan sebagainya...

@yLOedElQfsyMXmK

Namun, selain daripada nyawa manusia, kita juga tidak harus melupakan keselamatan binatang di saat-saat mendebarkan seperti ini. Ke mana sahaja hala tuju haiwan-haiwan ini kerana mereka tidak mempunyai sistem kemasyarakatan yang boleh menghulurkan bantuan khusus seperti manusia.

Ketika musim hujan lebat ini melanda, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu peristiwa menyentuh hati melibatkan seekor ibu kucing yang sedang melindungi anak-anaknya daripada terkena hujan.

Siapa kata haiwan tidak memiliki perasaan kasih sayang. Lihatlah bukti yang ditunjukkan oleh ibu kucing ini. Berdasarkan perkongsian oleh @yLOedElQfsyMXmKyang sehingga kini meraih 179,700'retweet' dan 783,700 'likes', situasi tersebut berjaya menyentuh hati ramai orang dan meraih pelbagai reaksi warga netizen yang rata-ratanya terharu melihat pengorbanan si ibu kucing.

@yLOedElQfsyMXmK

"Kucing pun akan melindungi anak-anak mereka. Saya pun tak sanggup nak biarkan anak saya kelaparan."

"Manusia dan kucing sama-sama memiliki perasaan."

Menurut @yLOedElQfsyMXmK, kejadian ini berjaya dirakamkan ketika dia dalam perjalanan untuk ke sekolah. Pada ketika itulah dia menyedari seekor kucing dewasa bersama dua ekor anak kucing sedang dalam 'mod perlindungan'. Lihatlah gambar-gambar tersebut, sambil anak-anaknya menyusu, ibu kucing ini memeluk kedua anaknya dengan erat bagi mengelakkan mereka kesejukan akibat hujan.

@yLOedElQfsyMXmK

Meskipun keadaan pada ketika itu tidak selamat buat anak-anak kucing ini, perlindungan yang ditawarkan oleh si ibu membuatkan mereka berasa selamat walau apa jua badai dan ancaman melanda. @yLOedElQfsyMXmK kemudiannya memindahkan kesemua kucing ini ke kawasan yang lebih selamat.

Itulah lambang kasih sayang ibu yang sentiasa melebihkan anak-anak berbanding keselamatan dirinya sendiri yang sanggup berkorban apa jua termasuk berlapar dan kesejukan demi melindungi anak-anak tersayang...

Demi melindungi kesayangan daripada terkena hujan lebat, ibu kucing peluk erat anak-anaknya Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com