www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Melaka United barakan semangat 04

0 month ago, 09-Nov-2018


PERSATUAN Bolasepak Melaka (Musa) sedang memberi fokus menarik lebih ramai anak jati kelahiran negeri ini menyarung jersi Melaka United bagi memantapkan skuad berkenaan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Musa, Adly Zahari berkata, pihak pengurusan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membawa pulang pemain kelahiran negeri Hang Tuah itu, namun tidak memperincikan butiran pemain sedang diintai bagi menyertai pasukan berkenaan.

Kita sedang menilai semula dan menjejaki pemain kelahiran Melaka yang berada di seluruh negara bersama pasukan lain untuk kembali beraksi bersama Melaka United. Usaha ini sedang kita lakukan sebaiknya.

Saya yakin sekiranya mereka ada semangat ’04’ (kod negeri), mereka pasti akan kembali menyertai Melaka United, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pihaknya menitikberatkan aksi cemerlang dan konsisten skuad berkenaan dalam menghadapi kempen Liga Super musim depan walaupun persatuan itu mempunyai peruntukan terhad.

Kita mengharapkan aksi terbaik dari Melaka United pada musim hadapan dan peruntukan terhad bukan satu alasan untuk pemain atau pengurusan mendapatkan pemain terbaik, katanya.

Sebelum ini media melaporkan Adly berkata, Melaka United tidak akan berbelanja melebihi RM18 juta dalam saingan Liga Super musim 2019 sebagai langkah penjimatan berbanding kira-kira RM23 juta yang dibelanjakan musim ini. – Bernama

Melaka United barakan semangat 04 Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts