EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PKPB di Melaka tamat minggu depan?

0 month ago, 20-Nov-2020

MELAKA dijangka akan dapat membuka semula sektor pelancongan bermula minggu depan, sekali gus memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) yang dikenakan ke atas negeri ini akan tamat dalam masa terdekat. Foto; MR. Azli

BANDA HILIR 20 Nov. Melaka dijangka akan dapat membuka semula sektor pelancongan bermula minggu depan, sekali gus memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) yang dikenakan ke atas negeri ini akan tamat dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika ditemui Melaka Hari Ini, pagi tadi.

Menurutnya, perkara itu merupakan antara agenda yang dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu ini yang mana ia juga telah mendapat persetujuan bersama.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali telah berbincang dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diberi kelonggaran kepada Melaka bagi tujuan memangkinkan aktiviti ekonomi supaya negeri ini dapat menjadi negeri terawal untuk dilepaskan daripada PKPB.

Bagi saya ini adalah bersesuaian dengan masanya kerana kes COVID-19 di negeri ini kini berada di tahap terkawal dan dapat dibendung. Saya ucap tahniah kepada rakyat Melaka kerana andalah yang terbaik dari segi pematuhan PKPB yang ketat dan ia membolehkan kes positif di negeri ini dibendung lebih awal.

InsyaAllah saya yakin jika Allah izinkan seawal minggu depan pelaksanaan PKPB di Melaka akan ditarik semula, katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Jailani berkata, meskipun PKPB telah ditamatkan di Melaka, pihaknya menjangkakan pertumbuhan industri pelancongan di Melaka tidak akan menunjukkan peningkatan ketara dalam masa terdekat memandangkan masih terdapat banyak negeri masih dikenakan PKPB.

Kita banyak mengharapkan pelancong domestik dari negeri-negeri bersebelahan kita untuk bercuti dan berbelanja di Melaka. Jadi, bila PKPB di negeri sekitar tidak diangkat ia masih akan menjejaskan industri pelancongan kita.

Apa pun, saya menyeru kesemua rakyat di negeri ini menggunakan masa yang ada untuk bercuti di dalam negeri, selaras dengan kempen Melakan Visit Melaka 2020 yang dilancarkan Ketua Menteri, baru-baru ini.

Ini adalah masa terbaik untuk menerokai pelbagai tarikan yang ada di Melaka kerana saya yakin masih ramai rakyat negeri ini belum sempat merasai produk dan khazanah yang kita miliki, katanya lagi.



SUMBER : melakahariini.my



Live Website Traffic


loading...