EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Melaka uji Sarawak

0 month ago, 12-Feb-2020

MELAKA akan menurunkan barisan terbaiknya pada aksi terakhir pra musim menentang Sarawak di Kuching Ahad ini.

Penolong pengurus Melaka, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, selepas mengharungi saingan kompetitif tiga perlawanan di Bandung dan berdepan Terengganu II minggu lalu skuad Hang Tuah bakal berdepan ujian sama di gelanggang lawan.

Katanya, apa yang pasti jurulatih Zainal Abidin Hassan bakal menyenaraikan kesebelasan terbaiknya pada aksi terbabit berdasarkan penilaiannya sebelum ini.

"Keseluruhan Melaka memiliki senarai lengkap 30 pemain selepas kehadiran import kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn (Nazza) ,beberapa hari lalu.

"Nazza yang turut melengkapkan lima import buat pasukan turut menggantikan Patrick Reichelt bagi kuota Asean.

Dia dilihat amat berwibawa mengisi posisi pertahanan pasukan," katanya.

Syahrul berkata, berdasarkan senarai penuh terbabit jurulatih memiliki pilihan luas barisan pemain yang difikirkan layak diturunkan kelak.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...