EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

JDT 3 Melaka Utd 0: JDT Menang Mudah, Melaka Utd Bunuh Diri Sendiri

0 month ago, 04-Apr-2021

JDT terus menerajui takhta Liga Super selepas mudah menundukkan Melaka United 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. JDT hanya memerlukan 10 minit pertama untuk membunuh saingan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan.

Melaka United menunjukkan taring seawal minit pertama apabila Sony Norde berjaya melepaskan percubaan menarik dari jarak 25 meter, namun sepakannya sedikit rendah untuk memperdayakan Haziq Nazli yang sedikit kedepan dari pintu gol.

Selang 3 minit JDT mendapatkan gol pendahuluan melalui Adam Nor Azlin, berpunca dari sepakan sudut. Tidak sampai 5 minit giliran Bergson Da Silva menggandakan jaringan selepas kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi Che Mat dan Jang Suk-Wong.

Bermula minit ke-9 hingga tamat separuh masa pertama tiada lagi percubaan tepat ke arah pintu gol lawan dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

4 minit selepas babak ke-2 bermula, Norde sekali mencemaskan JDT apabila rembatannya terkena tiang gol. Seperti separuh masa pertama, selepas itu tiada lagi percubaan tepat dilakukan sehinggalah jaringan Bergson berlaku pada minit ke-81.

Hantaran cantik dari Mamadou Sumareh dari bahagian sayap kanan menemui Bergson di dalam kotak penalti, permain itu mudah menolak masuk untuk memberi jaringan ke-3 JDT.

JDT menang mudah. 3-0

5 perkara menarik dalam perlawanan ini.

blank

1. SENARAI PEMAIN

Haris Harun melakukan debut kesebelasan utama menggantikan Natxo Insa yang gantung 2 perlawanan (1 perlawanan jika berkelakuan baik). Sementara itu Haziq Nazli juga mendapat debut bersama skuad senior pada musim ini.

Kedua-dua pemain ini tidak terlalu diuji kerana Melaka United agak kurang kreatif melakukan serangan.

Melaka United tidak dapat menurunkan S.Kumaahran, pemain ini dipinjamkan dari JDT dan tidak boleh diturunkan apabila bertemu pasukan tersebut. Ketiadaan S.Kumaahran mengurangkan kreativiti pasukan, hanya Sony Norde yang mampu menawarkan keperluan itu.

Hasbullah Abu Bakar dan Che Rashid Halim merupakan 2 pemain lagi yang tidak dapat disenaraikan kerana perjanjian itu.

2. MELAKA UNITED BUNUH DIRI SENDIRI

Jaringan pertama JDT berlaku disebabkan Wan Amirul Afiq memilih untuk mengeluarkan bola hantaran lintang lawan walaupun tidak menerima tekanan dari pemain. JDT memperolehi sepakan sudut.

Kesilapan kedua berlaku apabila Alex terlepas untuk menjaga Adam Nor Azlin yang datang dari belakangnya untuk melakukan tandukan terus ke dalam jaring Melaka United.

Selang 5 minit kesilapan teruk Khairul Fahmi Che Mat dan Jang Suk-Wong berlaku. Suk-Wong secara mengejut berlari ke arah bola sebagai isyarat dia mahukan bola tersebut dan Khairul Fahmi memberi kepadanya.

Tekanan dari Bergson mengakibatkan Suk-Wong melakukan kesilapan hantaran terus kepada pemain lawan dan Begson menjaringkan gol ke-2 JDT dalam situasi itu.

Tanpa kreativiti dibahagian tengah, ketinggalan 0-2 sewal 8 minit perlawanan menyukarkan Melaka United mencari banyak gol.

3. PERLAWANAN SANTAI DAN MUDAH JDT

Meraih 2 gol dalam tempoh singkat di awal permainan memberi kelebihan kepada skuad Benjamin Mora. JDT hanya menjaga bola untuk tidak hilang dari penguasaan.

Penyerang utama Melaka United, Alex tidak terlalu bahaya. 3 gol di Liga Super kesemuanya terhasil dari sepakan penalti. Tiada pemain dapat memberi hantaran baik kepada penyerang itu.

Melaka United hanya berharap dari kemahiran Sony Norde.

blank

4. STATISTIK JARINGAN BERGSON CEMERLANG

Bergson bukanlah penyerang yang berada dalam senarai teratas yang dicari oleh kelab pada awal musim. Situasi Jonathan Herrera yang dipinjamkan ke Independiente memberi peluang kepada Fernando Rodriguez.

Rodriguez diberi peluang bermain dalam 3 perlawan awal liga dan mencetak 1 gol ketika menewaskan Penang pada 9 Mac. Pada peralawanan ke-3 Bergson diberi peluang masuk menggantikan Rodriguez dan dia menjaringkan 1 gol.

Pada 3 perlawanan berikutnya Bergson menjaringkan 3 lagi gol. Dia mengumpul 4 gol dalam penampilannya.

5. ARIF AIMAN

Subjek Arif Aiman terus menjadi tumpuan. Penyerang sayap berusia 18 tahun ini bermain dalam kesemua 6 perlawanan JDT.

Dalam perlawanan semalam, Arif terus menunjukkan permainan menarik dibahagian sayap kanan, tempat Safawi Rashid yang sedang berada dalam senarai kecederaan.

RUMUSAN

JDT menang mudah, Melaka United membunuh diri sendiri apabila melakukan kesilapan yang boleh dielakkan pada awal permainan.

JDT terus menerajui carta liga namun Kedah memberi saingan apabila menewaskan Sri Pahang 3-1.

Nota: Kredit foto dari halaman rasmi Johor Southern Tiger



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...