EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut

0 month ago, 14-Sep-2020


Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari dan mangsa yang maut ialah Mohamad Zazmi Mohd Zahari, 22, dari Felda Mawar Jengka 10, Maran.

"Mangsa dipercayai menunggang motosikal Yamaha 135LC menghala ke arah Jerantut, apabila tayar treler yang berada di laluan bertentangan tercabut dan bergolek ke arah mangsa.

"Mangsa dikatakan tidak dapat mengelak kerana tayar itu berada terlalu hampir, sehingga menyebabkan motosikalnya terjatuh ke tebing jalan sebelah kanan," katanya semasa dihubungi pada Isnin.

Kamarulzaman berkata, kemalangan menyebabkan motosikal mangsa rosak teruk pada bahagian hadapan, manakala pemandu treler yang berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERNAMA



SUMBER : penangkini.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...