EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

MEKANIK DIDAKWA BUNUH ISTERI SEHARI SEBELUM AIDILFITRI

0 month ago, 09-May-2022

KAJANG:Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumahdi Cherassehari sebelum Aidilfitri.

Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Mohd Syawalludin mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 Mei lepas, media melaporkanseorang wanita maut akibat dipukul suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosialbahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit,dalam kejadian di sebuah rumah flat.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...