EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Megxit mampu pengaruhi pelaburan keselamatan

5 month ago, 10-Jan-2020

PAKAR keselamatan meramalkan pengunduran Putera Harry dan isterinya, Meghan memberi potensi cerah kepada pertumbuhan pelaburan bidang keselamatan di Kanada.

Pasangan terbabit membuat pengumuman berundur dari sistem Diraja Britain dan mahu memulakan hidup baharu di Amerika Utara, kelmarin.

Walaupun Duke dan Duchess of Sussex itu tidak menyebut lokasi sebenar penempatan baharu mereka, namun ramai pemerhati meramalkan Kanada dilihat sebagai destinasi pilihan paling sesuai untuk pasangan itu.

Jika benar ramalan itu, kerajaan Kanada tidak boleh lari dari tanggungjawab memastikan aspek keselamatan pasangan itu terpelihara kerana status keluarga diraja mereka.

Perkara ini secara tidak langsung menarik pelaburan dalam bidang keselamatan di Kanada.

Firma keselamatan eksekutif New York Mike Zimet meramalkan, kos melindungi pasangan berkenaan mungkin memakan belanja besar.

"Jika mereka mahukan perlindungan peribadi, banyak alatan keselamatan perlu dibangunkan di sekeliling mereka.

"Mereka juga perlu bimbang penculikan anak lelaki mereka, Archie, yang kemungkinan akan menjadi ancaman utama penculik atau pengganas, katanya.

Sementara itu, presiden sebuah syarikat keselamatan yang berpangkalan di Toronto dan bekas pegawai yang pernah bertugas dengan keluarga diraja dan ketua negara lain, Joe Balz berkata, tahap keselamatan pasangan itu ditakrifkan dari segi penilaian ancaman.

"Mereka akan lebih selamat di Kanada berbanding di Amerika Syarikat yang undang-undang persenjataannya teruk," katanya.

Sebuah agensi media Kanada, Postmedia mendapati lebih 60 peratus daripada 1,151 rakyat Kanada yang menyertai kaji selidik mereka menyokong pelantikan Putera Harry sebagai Jeneral Gabenor, wakil Ratu Elizabeth II di Kanada.

Kajian itu dilakukan pada 6 Januari lalu dua hari sebelum pasangan itu mengumumkan pengunduran mereka dari sistem Diraja Britain.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...