EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Medvedev ke final Shanghai Masters

0 month ago, 12-Oct-2019

PEMAIN Russia Daniil Medvedev mara ke final kali ke-9 musim ini selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas 7-6(5) 7-5 pada Shanghai Masters.

Medvedev, naib juara Terbuka Amerika Syarikat memburu gelaran keempat Jelajah ATP menerusi musim cemerlang 2019 akan berdepan pemain Jerman, Alexander Zverev pada final, hari ini.

Turun selaku pilihan, Medvedev memenangi 84 peratus mata servis dan menyelamatkan empat daripada lima mata break untuk meningkatkan rekod menang-kalah dalam kalendar saingan.

Secara jujur, saya berasa dalam keadaan baik pada perlawanan itu dan saya rasa saya boleh menang perlawanan ini. Saya tidak berasa teruk , kata Tsitsipas yang masih belum menewaskan Medvedev selepas lima pertemuan karier.

Saya tidak tahu sama ada saya boleh menewaskannya selepas ini tetapi saya akan mencari peluang untuk mengalahkannya.

Novak Djokovic, Rafa Nadal, Roger Federer, Dominic Thiem, Medvedev dan Tsitsipas sudah pun menempah tempat ke pusingan akhir ATP dengan dua tempat lagi masih terbuka pada kejohanan penghujung musim di London.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...