EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Medan raih populariti

0 month ago, 12-Sep-2020

New York: Peristiwa memperingati kejadian serangan pada 11 September 2001 yang kini masuk tahun ke-19 dilihat menjadi medan meraih populariti bagi dua calon Presiden Amerika Syarikat (AS).

Donald Trump dan seterunya, Joe Biden melawat lokasi kejadian serangan itu di Pennsylvania pada hari sama namun waktu yang berbeza.

Kedua-dua ahli politik itu akan berusaha memanfaatkan masa serius untuk muncul sebagai pemimpin yang berusaha untuk menyembuhkan negara yang dilihat sedang berpecah-belah.

Namun, berdasarkan pandangan saintis politik di Columbia University, Robert Shapiro, kedua-dua penampilan itu tidak akan menampilkan pertunjukan politik.

"Upacara 9/11 secara tradisional dilihat sebagai bebas daripada retorik, didedikasikan memberi penghormatan kepada mangsa serangan itu," katanya.

Namun, acara berkenaan tetap diikuti secara rapat oleh media tempatan sebagai 'memberi peluang' kepada Biden dan Trump untuk 'menunjukkan kepemimpinan dan empati mereka'.

"Akan ada penutupan sementara dari retorik yang lebih keras yang mereka gunakan terhadap satu sama lain," kata Shapiro.

Pilihan kedua-dua calon untuk muncul di Pennsylvania, negeri penting untuk menang dalam pilihan raya presiden, menggambarkan perhitungan jelas yang dibuat oleh penasihat mereka.

Serangan 9/11 yang berlaku 19 tahun lalu meragut hampir 3,000 nyawa menjadi titik permulaan yang mengubah politik dunia selepas 19 orang merampas empat pesawat penumpang AS dengan dua merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pesawat ketiga, Penerbangan 77 American Airlines, merempuh Pentagon menyebabkan 184 terbunuh manakala pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, terhempas di padang di Shanksville, Pennsylvania, membunuh 40 orang.

AS mendakwa serangan dilakukan al Qaeda pimpinan Osama bin Laden.

Berdasarkan laporan, mangsa kejadian itu berusia antara dua dan 85 tahun dengan 80 peratus adalah lelaki.

Kerja membersihkan WTC siap pada Mei 2002, mengambil masa 3.1 juta jam bagi membersihkan 1.8 juta tan serpihan dengan kos AS$750 juta (RM3.1 bilion).


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...