www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PMM 2019 medan Zii Jia bukti kemampuan

0 month ago, 14-Jan-2019


PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyifatkan Kejohanan Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 yang mula membuka tirainya hari ini sebagai pentas terbaik buatnya serta pemain muda lain membuktikan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa mereka bersedia menggalas cabaran baru.

Selepas beberapa pemain senior meninggalkan badan induk badminton negara itu, Zii Jia berpendapat ianya harus dipandang dari sudut positif terutamanya buat pemain muda.

Memang kalau kita tengok kebanyakan pemain dalam BAM kini adalah pemain muda. Jadi saya harap mereka tidak menjadikannya sebagai beban sebaliknya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab untuk membuktikan generasi kita mampu mengambil alih tugas ini, katanya.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Kedah itu mengakui kehadiran semula jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjalani latihan juga memberi sumber inspirasi buat kem badminton negara.

Saya rasa satu semangat buat pemain perseorangan lelaki dan BAM dengan kembalinya Chong Wei menjalani latihan bersama kami kerana dia ialah pemain yang mampu memimpin kami,ujarnya.

Mengenai sasarannya dalam PMM 2019, pemain berusia 21 tahun itu berhasrat untuk mempamerkan aksi terbaik dan melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini kerana menyedari ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan bakal berdepan kelompok 40 pemain terbaik dunia.

Kalau boleh saya mahu sampai hingga ke separuh akhir ataupun final kerana saya akan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Namun saya tidak mahu terlalu memikirkannya agar tidak berasa tertekan, kata Zii Jia.

Pemain itu juga mahu menjadikan kejohanan sebelum April ini bagi memperbaiki rankingnya untuk berada dalam kelompok 32 pemain terbaik dunia kerana mahu beraksi dalam Jelajah Dunia BWF 750 atau 1000 bagi mendapatkan pengalaman serta pendedahan beraksi dengan pemain ranking atasan dunia.

Kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$350,000 kepada pemenang.

PMM 2019 medan Zii Jia bukti kemampuan Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts