EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

MeCan Trade sasar penyertaan 5,000 duta, lebih 20,000 produk menjelang hujung 2022

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

KUALA LUMPUR, 13 Jan MeCan Trade, platform dagangan sosial yang diasaskan oleh pemilik rangkaian restoran Nam Heong Andy Goh, menyasarkan untuk memiliki 5,000 duta serta lebih 20,000 produk menjelang penghujung 2022.

Seorang duta MeCan mampu menjana pendapatan pasif dan menjadi usahawan dengan mewujudkan e-kedai sendiri dengan mendapatkan produk terus daripada pemilik produk, tanpa perlu risau mengenai modal permulaan atau penyimpanan stok.

Dalam satu kenyataan hari ini, MeCan berkata platform e-penyelesaian tersebut, yang telah beroperasi kira-kira setahun, ketika ini menyokong lebih 200 pemilik dan pengeluar jenama dengan lebih 2,000 produk tersedia dengan lebih 1,000 duta.

Ia menyatakan 81 peratus daripada populasi di Malaysia adalah pengguna aktif media sosial dan ramai yang mencari peluang untuk menambah pendapatan mereka dengan menceburi perniagaan e-dagang.

Goh berkata MeCan Trade menawarkan peluang dalam tiga kategori utama, iaitu penjual (pengeluar atau pemilik jenama), pembeli dan duta.

Kos sebanyak RM30 juta untuk mendirikan infrastruktur digital, MeCan Trade bermaksud #EveryoneCanTrade. Kami sudah memiliki segala sumber sedia ada, kami hanya perlu bekerjasama dan melaksanakannya, katanya.

Sementara itu, MeCan Trade baru-baru ini melancarkan Program #MeCanBoss selama dua tahun dengan jumlah pelaburan bernilai sehingga RM15.75 juta untuk memupuk usahawan dagangan sosial.

Kami menyediakan peluang kepada usahawan tempatan yang mempunyai keazaman untuk memperoleh pendapatan pasif melalui perniagaan secara dalam talian dengan produk yang asli, mendapat permintaan daripada pengeluar atau pengedar bertauliah. Pemilik perniagaan atau individu yang berminat untuk datang dan menyenaraikan produk mereka atau menyertai kempen ini boleh mendaftar di platform rasmi MeCan Trade kami, kata Goh.

BERNAMA





Live Website Traffic


loading...