EdisiViral.Com Search Guest Post Login

McLaren kena lebih berani

0 month ago, 10-Jul-2019

PASUKAN McLaren harus berani menanggung risiko jika mahu terus berjaya dalam Formula 1 (F1).

Prinsipal McLaren, Andreas Seidl berkata, selepas menunjukkan peningkatan yang jauh lebih baik musim ini berbanding musim lalu, pasukannya tidak boleh kekal berasa selesa, sebaliknya perlu mencabar diri dalam menunjukkan peningkatan yang lebih besar.

Jelas Seidl, dengan cara itu, pasukannya boleh memberi cabaran hebat buat tiga pasukan utama F1 iaitu Mercedes, Ferrari dan Red Bull.

Bagi saya paling penting ialah perkembangan dan peningkatan yang berterusan. Itu yang perlu kami lakukan dalam pasukan ini.

Kami juga perlu memperuntukkan waktu dalam memahami segala komponen dan kaedah terbaik yang kami perlukan untuk menjadi lebih baik. Bagi kami, perkara asas seperti ini juga membantu proses peningkatan dari semasa ke semasa.

Paling utama, kami perlu kembali meningkatkan keyakinan diri dalam pasukan agar kami lebih berani dalam mengambil keputusan yang berisiko tinggi. Kami percaya pendekatan agresif seperti ini sering dilakukan oleh pasukan yang berpengalaman seperti Mercedes, katanya.

Namun, Seidl mengakui semua itu bukan mudah untuk pasukan yang sudah bertahun-tahun berada dalam era kegelapan seperti Mercedes.

Saya merupakan individu yang akan cuba mendorong orang lain agar berani mengambil risiko. Bagi saya, kesalahan akan tetap terjadi, namun kita perlu pastikan kesalahan sama tidak berulang, jelasnya.

McLaren kena lebih berani Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com