www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Golf Maybank: Sharma takkan bagi laluan mudah

0 month ago, 16-Mar-2019


JUARA bertahan, Shubhankar Sharma berharap untuk mengulangi kejayaan pada Kejohanan Golf Maybank 2019 yang akan bermula di Kelab Saujana Golf & Country di Shah Alam, minggu depan.

 

Pemain dari India berusia 22 tahun itu berkata susulan kejayaan manis merangkul kejuaraan tahun lalu itu telah meningkatkan semangatnya serta mendorong beliau merangkul pelbagai gelaran musim lalu termasuk memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia.

 

Kenangan paling indah bagi diri saya pada 2018 ialah merangkul kejuaraan Maybank. Ia telah mencetuskan titik permulaan bagi diri saya serta membuka peluang untuk saya, kata Sharma yang dipetik sebagai berkata di laman web Jelajah Asia; www.asiantour.com.

 

Kejohanan edisi keempat bernilai AS$3 juta (RM12.263 juta) itu akan berlangsung dari 21 hingga 24 Mac ini.

 

Sharma, yang menjadi pemain profesional pada 2013, akan menyertai barisan 156 pemain masing-masing daripada Jelajah Asia dan Eropah termasuk rakan senegara Arjun Atwal, Scott Hend (Australia), David Lipsky (Amerika Syarikat), pemain veteran Thailand, Thongchai Jaidee serta jaguh golf negara, Gavin Kyle Green.

 

Sementera itu, Gavin, yang menjadi pemain negara pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia pada 2017, akan bergantung kepada kelebihan bermain di laman sendiri untuk menampilkan aksi yang lebih baik selepas terikat di kedudukan ke-47 dan ke-39 masing-masing pada edisi 2017 dan 2018.

 

Saya rasa saya sudah bersedia secara mental dan fizikal dan sudah pasti ada peluang tetapi saya perlu bersabar dan menangani tekanan bermain di hadapan peminat tempatan, katanya.

 

Dalam pada itu, penganjur kejohanan, Maybank, telah memperkenalkan kategori jemputan ASEAN yang akan menyaksikan penyertaan bakat muda serantau seperti Johnson Poh dan Jesse Yap dari Singapura, Ye Thet Aung (Myanmar), Danny Masrin (Indonesia) dan pemain Filipina, Angelo Que.

Golf Maybank: Sharma takkan bagi laluan mudah Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts