EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mayat Mangsa Rogol & Liwat Disorok Di Bawah Katil

0 month ago, 29-Aug-2021

Seorang wanita berusia 40 tahun ditemui mati dalam keadaan tragis apabila mayatnya dijumpai di bawah katil selepas dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, saksi mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa sebelum dia menghubungi kakak mangsa.

Semasa pemeriksaan dibuat, keadaan rumah mangsa adalah berselerak dan mayat ditemui terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.

Selain itu, seorang jiran mangsa turut mendakwa nampak pergerakan keluar seorang lelaki dengan motosikal jenis SYM dari rumah itu kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Lelaki usia 29 tahun, punyai 5 rekod jenayah

Menurut pihak polis, daripada hasil maklumat berkenaan, polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Hasil siasatan ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira pukul 6 petang.

Kemudiannya, kira-kira pukul 2 pagi, suspek meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu sebelum masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang.

Mangsa dirogol dan diliwat

Suspek mendakwa telah masuk ke dalam bilik tidur dan nampak mangsa sedang tidur di atas katil sebelum merogol dan meliwatnya.

Akibat kejadian itu, mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.

Mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia. Akibat panik, suspek kemudiannya bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil.

Mayat Mangsa Rogol & Liwat Disorok Di Bawah Katil Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...