www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Mayat bayi ditemui dalam bakul di longgokan sampah

0 month ago, 14-May-2019



Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam bakul yang dibuang di longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian, Ipoh, semalam. 

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 1.50 tengah hari, dalam keadaan dibalut dengan sehelai tuala, yang dipercayai baru dilahirkan. 

Pemeriksaan mendapati, tali pusat bayi berkenaan masih belum tertanggal dan polis belum dapat mengesahkan anggaran usia bayi. 

Siasatan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan bayi. 





Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat. 

: Harian Metro



SUMBER : thereporter.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts