EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Maxis menggunakan teknologi AI untuk bersedia terhadap rangkaian 5G

0 month ago, 15-Aug-2019

Inisiatif untuk membangunkan rangkaian 5G di Malaysia nampaknya semakin giat dijalankan oleh syarikat telco. Sebelum ini Celcom sudahpun memulakan ujian terhadap rangkaian 5G di kawasan terpilih sekitar Petaling Jaya.

Kini Maxis dilaporkan telah bersedia dengan rangkaian 5G dengan membina rangkaian pintar yang dipanggil sebagai rangkaian A.I (Artificial Intelligent) yang menyokong kepantasan, ketahanan dan keperluan latensi 5G.

Jika anda masih belum faham lagi apa itu rangkaian internet 5G, boleh tonton video penerangan menerusi pautan ini.


Maxis telah membangunkan rangkaian ini dengan kepakaran dalaman mereka yang membolehkan rangkaian AI bersedia terhadap infrastruktur 5G dengan penggunaan fiber optik untuk stesen mudah alih di Malaysia.

Rangkaian ini juga turut menggunakan generasi rangkaian IP seterusnya, ciri penyembuhan sendiri (self-healing), penggunaan tenaga rangkaian yang lebih efisyen dan mengoptimumkan trafik data sendiri dengan laluan yang lebih efisyen pada bahagian yang berpotensi untuk masalah.

Dan ia juga turut memastikan sambungan tidak perlahan (lag-free), sentiasa menyambung kepada internet dan membolehkan latensi yang lebih rendah supaya sambungan internet lebih lancar.

Maxis juga dijangka akan melancarkan rangkaian 5G mereka menjelang tahun 2021. Rangkaian 5G sememangnya rangkaian internet yang dinantikan-nantikan oleh pengguna kerana keupayaannya untuk berhubung pada semua jenis peranti bukan sahaja telefon pintar, malah memberi kelajuan yang luar biasa.

Maxis menggunakan teknologi AI untuk bersedia terhadap rangkaian 5G TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com