EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Fizo Omar, Mawar Karim Sepakat Tutup FizoMawar Kitchen

0 month ago, 11-Oct-2019

Selepas pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai, ramai yang mula tertanya tentang hala tuju perniagaan restoran mereka, FizoMawar Kitchen.

fizo omar mawar karim

Setelah mengadakan perbincangan dengan bekas isterinya, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan mereka akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini termasuklah cawangan FizoMawar Kitchen di Kota Bharu, Kelantan. Menurutnya, penutupan restoran itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Fizo memberitahu restoran itu adalah hadiah dari dia untuk ibunya dan juga Mawar. Menu yang dihidangkan juga adalah makanan kegemaran Mawar.

Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini, setelah berfikir dan berbincang dengan Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi FizoMawar Kitchen (FMK) cawangan di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan.

Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah SWT ada perancangan terbaik buat kami. Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini.

fizomawar kitchen ditutupFizoMawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sah bercerai talak satu pada 1 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Berita : mStar Online & Facebook Fizo Omar




Live Website Traffic


loading...